Wednesday, December 19, 2012

marathon

bismillaah

marathon demam masih berterusan walhamdulillah a'la kulli haal. maryam dah demam sejak weekend lepas lagi. sekali dengan selesema, jadi agak teruk sikit. masa siang ok sikit, tapi malam suhu akan naik. harini maryam nak jugak pegi sekolah walaupun masih belum pulih sepenuhnya. dia rasa 'lemas' dok baring kat rumah jer rasanya(abang dan kakak tetap ke tadika). sarah duduk rumah juga sepanjang minggu - seronok!


Ulu Yam


hujan mulai turun, payung emergency


di sinilah Adam terjatuh :(


ni, kami nak pi celebration partners abah kat taman melawati




Friday, December 14, 2012

bermusim

bismillaah

alHamdulillaah a'la kulli haal, sarah dan abah dah tak demam, tapi kakak Hajar pulak demam. Sarah pulak timbul ruam-ruam merah di muka dan badan. hasil dari demam panas semalam rasanya. Jadi, harini Sarah duduk rumah lagi. Kakak Hajar pulak nak pergi sekolah sebab harini ada special acitivity di tadika- diorang pakai baju raya. InshaAllaah balik sebelum Zuhur lah hari ni.

Cuaca di luar mendung sepanjang pagi.sejuk je mashaAllaah.

Thursday, December 13, 2012

A day at FPSK UPM - Tafsir surah al-Hujurat

bismillaah
 
look how happy we were!
alHamdulillaah, syurgawan loved to spend the day together sambil dengar 'ceramah'(as they call it)
at the end of the day, they said, "alaaaa...kenapa harini jer esok ibu tak dengar ceramah ker? nak pegi lagi!!'
 
ohohoho...this was the second time they tagged along during a seminar. Sarah cooperated very well(with ibu in the mother's room), and her older siblings loved the kids zone alHamdulillaah.
 
the kids zone was just next door btw. by noon, the divider 'gave up' to the children pushing and turning it. you can see it in the second picture. basically, the children could go back and forth from the mother's room to the kid's zone. LOL. supposed to be chaotic, but everything was fine and fun mashaAllaah.
 
although the live streaming wasnt working for the first session and the after lunch's session(mic got muted accidentally..walHamdulillaah a'la kulli haal), the overall experience was great. I am thankful for whatever piece of gem I could get from the seminar. Eventhough I was missing lots of information during the audio problems, I still got many more when the telecast was working. we'll be happy when we just being thankful, right?
 
so, here are my syurgawan, posed for the lens. all smiles mashaAllaah.
 

 

Wednesday, December 12, 2012

demam

bismillaah


lil miss Sarah & abah demam harini.

hari Isnin taska Sarah tutup-cuti. Jadi ibu & Sarah duduk di rumah saje.abang dan kakak2 ke tadika sebab nak teruskan projek Little Scientist. Semangat!

Hari Selasa-semalam kami ke Ulu Yam. abah ada talk, anak-anak mandi kolam. sungai sangat berbahaya pada musim hujan ni. seronok sangat-mandi dalam chalet, mandi kolam, mandi dalam chalet lagi-mandi kolam-mandi dalam chalet..ha...berapa banyak kali mandi tu. air sejuk semua sebab sumber dari sungai. anak-anak makan ais krim 2 rounds.kemain lagi huhuhuhu. masa second time mandi kolam, ada insiden Adam terjatuh di kawasan luncur turun bawah sebab seorang budak terlanggar Adam. Kakak saadiah yang tengah jaga masa tu terpaksa terjun kolam dapatkan Adam yang dah kesakitan sebab kepala terhantuk agak kuat. alHamdulillaah xde yang cedera serius. cuma Adam nangis kuat la sebab mebe sangat sakit dan pening. terus semua balik chalet, mandi, tukar pakaian dan tidur. tunggu abah habis talk.
kami balik lepas Asar, on the way jem teruk di MRR2, Jalan Istana, dan Sungai Besi.uhuhuhu...maghrib di gas station. Isyak baru sampai walHamdulillaah.

weekend lepas-sabtu-kami ke UPM untuk program surah al-Hujurat. sangat best alHamdulillaah!
anak-anak joined sekali di mother's room & kid's zone. Diorang tak puas duduk sehari jer, nak 2 hari!

Thursday, December 06, 2012

Pujian

Bismillaah

Setiap hari menatap wajah anak-anak, mendodoi Sarah, bermain dengan mereka, hati berbunga-bunga bahagia. Tiap kali juga, kata-kata penghargaan diberikan kepada anak-anak ini atas ketulusan mereka melakukan usaha yang sangat comel dan tulus. mashaAllaah.

tiap kali itu juga, ibu tidak lupa bersyukur pada Allaah atas nikmat pinjamanNya ini. Merekalah motivasi, semangat, madu, gula, garam, hempedu, tawa, ria, duka, amanah, tanggungjawab, penawar, dan sebagainya. Merekalah penyejuk mata dan legasi berharga.

Bangun pagi kekadang senyum manis, kekadang menangis, kekadang mengomel(bila dah pandai bercakap dan behujah..LOL), setiap pagi sangat indah dengan pelbagai ragam dan rencam.

Sepanjang hari juga begitu sehinggalah mata lena di malam hari.

warna-warni hidup bersama syurgawan lebih berseri dan menawan, alHamdulillaah alHamdulillaah.

Wednesday, December 05, 2012

Ilmu

bismillaah

Early in the morning,

Ibu: Adam nak pergi sekolah ker?
Adam: Tak nak!...eh, nak! Adam nak dapatkan ilmu Adam. Adam nak jadi pandai. Bila dah besar nanti pun Adam nak pergi sekolah, Adam nak jaga ilmu Adam.

:)
MashaAllaah

Monday, December 03, 2012

Pay it forward

pic is courtesy from kakak Saadiah
bismillah

hari tu kakak-kakak belanja makan dan jenjalan. Malam tadi, giliran kakak-kakak pula dibelanja makan.
alHamdulillaah. Syurgawan berselera sungguh. Sarah pula sangat ceria. mashaAllaah tabarakallaah.

jazakumullaahu khayr beautiful people!

Planetarium

Bismillaah


Last Saturday, we went to the Planetarium Negara! weeee~
alHamdulillaah, kakak Saadiah and Amirah baik hati untuk bawa kami jalan-jalan ke KL. Abah ada program sepanjang hari, jadi kami hanya duduk di rumah. Awalnya kakak2 hanya datang sebab nak tolong ibu poskan barang, tapi kesian tengok anak-anak ibu terperuk di rumah. Jadi, kamipun setuju bawa para syurgawan ke Planetarium. Terus contact minta kebenaran dan Abah pun bagi green light.

alHamdulillaah, bersiap cepat2 dan off we go! Seronok betul anak-anak dapat keluar.

sampai KL dah Zuhur, jadi kami singgah di Masjid Negara untuk solat. Pertama kali ni kami singgah solat kat situ..uhuhuhu. Cuaca pun redup jer dengan hujan renyai-renyai sekejap sekejap.

Lepas solat, kami ke Planetarium. Wah, kena panjat tangga! Sempat tercungap-cungap juga untuk sampai ke atas.

Kami singgah minum dan makan snek untuk mengalas perut sebelum masuk ke dalam Planetarium.
Melangkah masuk jer, cik Yam kata, "sejuknya planet ni!". Ehehehe diorang ingat nak tengok planet jer masa tu. Memang kanak-kanak seronok explore ruang-ruang pameran kat situ, walaupun tak besar mana. Part paling diorang suka dekat 'zero' gravity tu. Tak tau berapa kali diorang pusing tempat tu.

Sarah pun seronok tengok skrin dan lampu-lampu kat situ. Kami pusing planetarium sampai ke anjung tinjau kat tingkat atas. Ada juga beberapa segmen yang ditutup.


alHamdulillaah, seronok para syurgawan hari tu.

at the end of the day, out of curiosity I asked my children, "did someone make du'a that we all could go out today?"
Hajar said," I did ibu, this morning after I took my bath."


MashaAllaah, a lil child's du'a has been answered!
alHamdulillaah alHamdulillaah