bismillaah
Alhamdulillaah, 29 Julai 2010, Maryam sudah mula banyak berdiri dan berjalan beberapa langkah. Hari ini, 30 Julai 2010, Maryam lebih banyak berjalan :) BarakAllaahu fiki.
Pada masa ini, Maryam baru sahaja tidur selepas mendengar beberapa ayat pertama Surah Maryam. Ini kali kedua ibu dengarkan surah Maryam padanya ketika Maryam fussy mengantuk, dan Maryam cepat sekali tenang selepas mendengar surah ini. Alhamdulillaah.
Kakak Hajar dan Adam sedang bermain bersama :) Sekarang semua sudah tidak menangis lagi setiap pagi bila dihantar ke taska, Alhamdulillaah.
No comments:
Post a Comment