Wednesday, April 14, 2010


Bismillaah

Alhamdulillaah, kini sudah lebih 4 bulan kami kembali ke Malaysia. Hajar, Adam, dan Maryam sudah pandai menyesuaikan diri walaupun masih membina antibodi masing-masing. 3 bulan lepas penuh dengan batuk, demam, dan selesema. Minggu lepas pula diarrhea.

Maryam sedang dalam proses belajar berjalan. Sekarang air liur asyik meleleh, mashaAllaah, mebe sedang dalam memproses gigi pertama :)

Alhamdulillaah tadi bawa Maryam untuk check up, semua ok. Lepas tu ibu bawa kakak n abang pegi makan breakfast. Memang diorang ni suka :) apatah lagi Hajar dari pagi minta kuih dan Adam nak air best :)

Sekarang, masuk sahaja ke dalam kereta Adam akan cepat-cepat membaca doa yang sudah dihafalnya. Alhamdulillaah, syukur dapat melihat keletah anak-anak tersayang ini. Hajar akan baca lambat sedikit sebab Hajar jenis yang suka ambil her own pace and time.



No comments: