Thursday, February 18, 2010


Bismillaah

Alhamdulillaah, minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Pulau Langkawi. Ada tokpak, tokmak, family mcik santi,mcik mimi, pakcik shafix(Hajar dan Adam selalu sebut 'she-la-pik'), dan family kawan abang Wan. MashaAllaah...ramai juga rombongan kali ni.

Alhamdulillaah di sana tak sesak sebab cuti CNY belum bermula lagi. Jadi, agak lengang dan selesa bergerak. Anak-anak ibu sangat seronok menikmati keindahan alam di sana terutamanya pantai, pulau-pulau, dan bukit tinggi(semasa menaiki cable car). SubhanAllaah, memang ciptaan Tuhan sangat indah dan sangat banyak untuk kita syukuri dan memuji-muji kebesaranNya.

Adam juga sangat seronok mandi dalam bath tub bilik hotel =), boleh berenang dalam 'kolam.'
Maryam pula dah pandai merangkak maju ke depan, Alhamdulillaah, takdelah Maryam sedih bila asyik ke belakang dan asyik menjauh dari barang-barang yang ingin dicapainya.

Hajar seronok dapat jumpa sepupu-sepupu dan bermain bersama. Walaupun Hajar kena batuk-batuk dan ruam, Alhamdulillaah, dia tetap aktif. Abah pun terjangkit batuk sama.
ya Allaah, kurniakan kami kesihatan yang baik, Ameen.

Tokpak, tokmak, dan baby Hana ikut turun ke Bangi lepas balik dari Pulau Langkawi. 2.5 hari bersama memang rasa seronok. Kemas-kemas rumah, dan jalan2 di Nilai. Alhamdulillaah.
Adam sedih sangat masa tokpak balik sebab dia nak ikut naik bas, dah lama tak naik bas sejak balik dari LA haritu :).

InshaAllaah anak-anak ibu akan mula belajar sedikit demi sedikit dari buku siri al-Furqan dan Lughatul Jannah(erm...x sure di syurga guna bahasa apa sebenarnya...dalam kelas alKauthar kata, xde dalil yg jelas menyatakan Arabic jadi bahasa di sana..Allahu ta'ala a'lam)

Doakan kami semua sihat dan terus berjaya dunia dan akhirat ya :)

No comments: