Monday, November 16, 2009


Bismillaah

Satu, dua, tiga...
Begitu cepat nikmat usia ini berlalu,
Berlalu satu fasa, fasa yang lain datang menyapa

Satu, dua, tiga generasi
Datang, pergi, hilang berganti
Akan terus sambung-menyambung
Hingga tiba hari perhimpunan paling agung


Hujung minggu ini abah bermusafir lagi, menyahut seruan menyampaikan pesanan dan berkongsi pengalaman. Moga Allaah terima segala usaha abah dan semua yang ada di PSU, Ameen.

Maryam sudah pandai meniarap, Alhamdulillaah. Sudah lebih seminggu(atau dua minggu?, ibu sudah lupa ;) ). Hajar dan Adam asyik dengan aktiviti bermain seharian. InshaAllaah Isnin esok kami akan berjumpa Dr.Akhavan untuk physical check up tiga beradik ini. Minggu lepas, abah bawa Adam untuk lead test. Kata abah, Adam menangis sedikit sahaja masa doktor cucuk untuk ambil darah. Adam mungkin 'excited' dengan kapas dan plaster yang dilekat di lengannya selepas itu. Bagi Adam, ubat bermakna plaster :) sebab setiap kali dia luka kecil, Adam akan dapat satu plaster.

Cuaca di Los Angeles sudah semakin sejuk, MashaAllaah. Apapun cuacanya, rasanya semua itu nikmat yang patut disyukuri. Alhamdulillaah, ada 'heater,' ada rumah tempat berteduh, dan ada selimut untuk membalut badan. Insaf bila saban hari melihat seorang 'homeless' di luar sana yang tidak punya ini semua.

Bless us all o Allaah.
Ameen

2 comments:

Perampok said...

Fazrul Fahmee ni Fazrul Fahmee Ismail ke? kalau betul salam kabar dari Aidil.

Umm Hajar said...

ya, betulla tu fazrul fahmee ismail :)