Monday, November 16, 2009


Bismillaah

Satu, dua, tiga...
Begitu cepat nikmat usia ini berlalu,
Berlalu satu fasa, fasa yang lain datang menyapa

Satu, dua, tiga generasi
Datang, pergi, hilang berganti
Akan terus sambung-menyambung
Hingga tiba hari perhimpunan paling agung


Hujung minggu ini abah bermusafir lagi, menyahut seruan menyampaikan pesanan dan berkongsi pengalaman. Moga Allaah terima segala usaha abah dan semua yang ada di PSU, Ameen.

Maryam sudah pandai meniarap, Alhamdulillaah. Sudah lebih seminggu(atau dua minggu?, ibu sudah lupa ;) ). Hajar dan Adam asyik dengan aktiviti bermain seharian. InshaAllaah Isnin esok kami akan berjumpa Dr.Akhavan untuk physical check up tiga beradik ini. Minggu lepas, abah bawa Adam untuk lead test. Kata abah, Adam menangis sedikit sahaja masa doktor cucuk untuk ambil darah. Adam mungkin 'excited' dengan kapas dan plaster yang dilekat di lengannya selepas itu. Bagi Adam, ubat bermakna plaster :) sebab setiap kali dia luka kecil, Adam akan dapat satu plaster.

Cuaca di Los Angeles sudah semakin sejuk, MashaAllaah. Apapun cuacanya, rasanya semua itu nikmat yang patut disyukuri. Alhamdulillaah, ada 'heater,' ada rumah tempat berteduh, dan ada selimut untuk membalut badan. Insaf bila saban hari melihat seorang 'homeless' di luar sana yang tidak punya ini semua.

Bless us all o Allaah.
Ameen

Thursday, November 12, 2009

Masjid Omar al-Khattab
tempat abah berjemaah 5 waktu
& kadang kala Hajar, Adam & Maryam berlari-lari di sini

Wednesday, November 04, 2009

bismillaah


MashaAllaah, sistem pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna sebulan sebelum kelahirannya (~minggu ke-36).

Tapi, bayi dikelilingi dengan air pada waktu itu. Mesti pendengarannya penuh dengan bunyi kocakan air di sekelilingnya?

Ibu teringat satu kajian popular seorang (Prof?) Jepun yang menunjukkan molekul-molekul air menjadi indah apabila dikatakan perkara-perkara(perkataan) yang positif kepada mereka.

SubhanAllaah, bayangkan jika bacaan ayat suci al-Quran selalu 'diperdengarkan kepada air ketuban(amniotic fluid)' yang mengelilingi bayi di dalam kandungan...bukankah ia akan menjadi begitu indah?

=)
p/s: ibu terfikirkan perkara-perkara ni masa kelas bila Prof menerangkan tentang Cohclea Implant..

Harini Maryam dah selesai apply passport.InshaAllaah bulan depan dah nak balik Malaysia +) +)