bismillaah
"puasa!!," tapi tetap makan juga, minum susu juga :)
itulah Hajar dan Adam. ALhamdulillaah mereka seronok dengan pengalaman Ramadhan kali ini, biarpun belum pernah terjaga sewaktu ibu dan abah bersahur. Sudah dua kali Hajar dan Adam ikut ke masjid, merasai kemeriahan beribadah di malam hari. Biar mereka belajar dan tahu bahawa Ramadhan bulan istimewa, biar mereka juga jadi penanti yang setia dan hamba yang menggunakan Ramadhan sepenuhnya.
"Ramadhan bulan orang Islam berpuasa..." sabar abah menerangkan kepada Hajar bila Hajar dengan muka penuh ingin tahu bertanya "Ramadhan?" bila abah menyebutnya. Hajar senyum saja, faham?kurang pasti.
:)
No comments:
Post a Comment