Thursday, July 31, 2008

bismillaah


Siapa mampu menggegarkan dunia? Siapa mampu menumbangkan satu negara? dalam satu kelipan mata? SubhanAllaah.

...

Looking through the window, and who do I see? Hajar and Adam waving at me :)


Semalam, Hajar dan Adam (dan ibu dan abah) terpinga-pinga bila rumah bergegar kuat. Rasanya ini pengalaman pertama Hajar dan Adam, dan ibu. Abah sudah pernah melaluinya masa tsunami 2004. Tak lama selepas tu, CNN's Breaking News melaporkan 5.8 skala Richter gegaran di Los Angeles.


sedetik terfikir tentang gegaran terakhir yang akan dialami oleh bumi... bagaimanakah dahsyatnya hari itu nanti?


Alhamdulillaah, kami semua tidak mengalami sebarang kejadian tidak diingini. Cuma petang semalam beberapa kali bekalan elektrik terputus dan penggera kebakaran bangunan sebelah tak berhenti berbunyi sehingga bomba datang(dgn cepat sekali). Hajar dan Adam dapat tengok bomba in action(bukan padam api, cuma cek keadaan bangunan saje).



No comments: