Thursday, July 31, 2008

bismillaah


Siapa mampu menggegarkan dunia? Siapa mampu menumbangkan satu negara? dalam satu kelipan mata? SubhanAllaah.

...

Looking through the window, and who do I see? Hajar and Adam waving at me :)


Semalam, Hajar dan Adam (dan ibu dan abah) terpinga-pinga bila rumah bergegar kuat. Rasanya ini pengalaman pertama Hajar dan Adam, dan ibu. Abah sudah pernah melaluinya masa tsunami 2004. Tak lama selepas tu, CNN's Breaking News melaporkan 5.8 skala Richter gegaran di Los Angeles.


sedetik terfikir tentang gegaran terakhir yang akan dialami oleh bumi... bagaimanakah dahsyatnya hari itu nanti?


Alhamdulillaah, kami semua tidak mengalami sebarang kejadian tidak diingini. Cuma petang semalam beberapa kali bekalan elektrik terputus dan penggera kebakaran bangunan sebelah tak berhenti berbunyi sehingga bomba datang(dgn cepat sekali). Hajar dan Adam dapat tengok bomba in action(bukan padam api, cuma cek keadaan bangunan saje).



Friday, July 25, 2008

bismillaah

into cloth diapering(CDs) right now, so Ibu kena studi ttg penggunaan CDs. Alhamdulillaah Hajar dan Adam dah try sekali dan berjaya, tiada kebocoran.

InshaAllaah merancang untuk jadikan hobi baru ni $ and environmentally friendly. Hentikan pembaziran kerana itu bukan tabiat manusia kan, itu tabiat Musuh Nyata Manusia.

Tapi, kami masih baru dan dalam tahap mencuba. Ada input?


Salah satu CD yang hangat di pasaran:


lagi satu BPA-Free Bottles untuk kesihatan masa panjang anak-anak. Ada kajian yang kata BPA kat botol susu bahaya dan ada yang kata tidak berbahaya. Jadi, terpulang kepada penilaian masing-masing. Ada yang mengambil langkah "better safe than sorry," dan ada juga yang tak kisah.Contoh BPA-Free Bottles by Nuby..murah dan comel dan praktikal

Btw, BPA-Free bottles sama murah dengan botol2 yang ada BPA(botol kaca mahal sikit) . Jadi, apa pendirian anda?

Wednesday, July 16, 2008

bismillaah

Alhamdulillaah, yang seorang sudah berlari, yang seorang lagi sudah mula memberanikan diri berdiri sendiri

Alhamdulillaah, di masa yang seorang sudah kurang menangis, yang seorang lagi ingin selalu dibelai bermanja

MashaAllaah, dua-duanya manis senyumannya, ceria keletahnya

MashaAllaah, dua-duanya penyejuk mata dan membawa bahagia

Alhamdulillaah ... :D

Thursday, July 10, 2008


bismillaah

Alhamdulillaah, Hajar dan Adam seronok dengan kunjungan tetamu yang silih berganti seminggu ini. Semuanya baru dikenali, semuanya membuka lembaran baru dalam ukhuwwah dan silaturrahim saudara seagama, senegara.

Ada kakak, abang, makcik, pakcik, atuk dan opah's :). Hajar dan Adam seronok dengan opah's(3 org :D )
sebab opah's pandai layan Hajar dan Adam. Pengalaman mengajar banyak perkara tentunya ;)

MashaAllaah, Meraikan tetamu, berjalan menjelajah bumi Tuhan, dan bersyukur atas nikmatNya.

MashaAllaah, indahnya persaudaraan.