Wednesday, September 16, 2009

bismillaah

alhamdulillaah..sudah beberapa kali Hajar dan Adam bangun bersama semasa sahur, ikut ke masjid berbuka puasa, dan berteraweeh.

Hajar dan Adam juga perasan yang ibu dan abah tidak makan dan minum sepanjang hari. Hajar akan nampak 'terkejut' bila nampak ibu minum masa berbuka.

Maryam terkena sedikit tempias puasa. Pada umur 2 bulan, beratnya kurang sedikit berbanding abang dan kakak pada usia itu. Alhamdulillaah, walaupun kurang rezekinya tetap ada.

Alhamdulillaah, ramadhan Hajar dan Adam tidak sinonim dengan makan banyak, sedap dan mewah. Ramadhan mereka lebih sinonim kepada trips to masaajid, bacaan Qur'an, dan kurma.

SubhanAllaah, bagi semua perbezaan di setiap tempat.
Alhamdulillaah, bagi segala peluang di setiap saat.

No comments: