bismillaah
Alhamdulillaah, dah dua minggu ni(hari Ahad) Hajar dan Adam dapat join Sunday School(Nursery) di Islamic Center of Southern California kat Vermont Avenue & 4th street. Minggu first tu naik zipcar, tp yg baru-baru ni kitorang try naik metro, bas panjang dan besar, kadang-kadang nampak macam lrt train.
Hajar dan Adam tentunya seronok dapat jalan-jalan, jumpa kawan, dan dapat main di playground. Hajar dapat main tricycle dan Adam seronok main papan(plastik?) gelongsor. MashaAllaah, cuaca di LA pun cerah.
Alhamdulillaah, yang paling penting, Hajar dan Adam dapat menyaksikan sendiri kemeriahan komuniti Muslim berkumpul bersama, dan belajar bahawa masjid tu sebagai pusat komuniti melakukan pelbagai macam aktiviti, bukan terhad kepada solat jemaah sahaja.
MashaAllaah, komuniti Muslim di sini sedang berusaha untuk membeli bangunan bersebelahan Islamic center yang akan dilelong. Asalnya bangunan tu pusat pameran Chevrolet, tapi sekarang dah ditutup. Jadi, sekiranya berjaya membeli bangunan tersebut, Islamic center akan dikembangkan lagi inshaAllaah. Banyak perancangan yang diorang buat, May Allaah facilitate it, Allaahumma ameen.
2 comments:
Sungguh beruntung Hajar dan Adam mempunyai ibu dan abah yang amat memberatkan/mementingkan soal agama ISLAM, walau pun sedang berada di negara asing... Alangkah baiknya jika semua umat ISLAM bersikap seperti ibu dan abah Hajar dan Adam...
Post a Comment