Thursday, August 28, 2008

Bismillaah

Alhamdulilaah, Hajar & Adam dapat jumpa 'makcik' dan 'pakcik' baru. Tapi, diorang lebih selesa dipanggil sebagai kakak dan abang :)(Hajar dah boleh sebut tapi Adam belum lagi. Baru sebut 'pa-pa')

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, bersama berkelana menuntut ilmu di Los Angeles ini.

Thursday, August 21, 2008

bismillaah




Alhamdulillaah, harini Hajar dan Adam pegi klinik utk medical check up dan imunisasi. MashaAllaah, tak sangka di US ni boleh dapat perkhidmatan kesihatan dan suntikan percuma untuk kanak-kanak. Dalam negara bukan Islam ni, kebajikan bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan masih terjaga. Harapnya, kebajikan rakyat jelata di negara-negara Islam lebih terbela.

Hajar dan Adam sihat dan pertumbuhan normal mengikut usia masing-masing. Adam terlebih berat sedikit dan sedikit anemic. Kena makan lebih banyak sayuran hijau dan makanan yang ada sumber zat besi lebih lagi. Hajar Alhamdulillaah semua seimbang tapi kena berhenti minum dari botol susu untuk memastikan kesihatan gigi. InshaAllaah, ibu dan abah kena berusaha untuk memastikan Hajar minum dari cawan.

Kesian Hajar dan Adam, kena cucuk banyak kali harini. Kedua2 belah lengan dan peha, semua kena cucuk. Dos tambahan di US ni lebih banyak dari Malaysia. Kalau Malaysia, ada 2 kali jer dos tambahan, kat US sampai 3 kali. Hajar yang sepatutnya dah lengkap imunisasi ikut jadual Malaysia, kena lagi cucuk kat sini.

InshaAllaah, doakan Hajar dan Adam tak demam selepas menerima sehingga 4 suntikan setiap seorang.

Saturday, August 09, 2008

bismillaah

Hajar dan Adam bermain bersama pagi ni. Hajar gelitik tapak kaki Adam dan Adam ketawa geli. MashaAllaah, comel sangat anak-anak ini bermain bersama.

Hajar and Adam went to the Natural History Museum of the L.A County last Tuesday. Admission is Free for kids under three and Free for all every first Tuesday in the month.



All of the animals are just replicas, but they are made in real 3D sizes with real-like background paintings. MashaAllah, wonderful are the creations of Allaah.

Hajar dan Adam dapat stickers museum dan sekeping poster gambar kupu-kupu/rama-rama(butterfiles), percuma :)