Thursday, July 14, 2011

Bismillaah


Semalam, kami semua tak keluar dari rumah walHamdulillaah. Kisahnya bermula bila Hajar tiba-tiba mengadu pening masa mandi. Ibu pun risau sebab Hajar jarang-jarang mengadu sakit. Lepas beberapa kali tanya untuk kepastian dari Hajar, ibu putuskan Hajar tak sesuai pergi ke tadika hari itu.

Selepas mandi dan semua sarapan, ibu bagi semua orang minum ubat termasuklah ibu yang kena ambil antibiotik. Sepanjang minggu ni, masing-masing termasuk abah silih berganti demam, batuk, dan selesema.

Anak-anak pun riang gembira sebab tak perlu ke sekolah. Setengah jam lepas minum ubat, semua orang yang layu-layu tadi tiba-tiba jadi ceria dan aktif. aik?

Hajar dah jadi sihat alHAmdulillaah. Rupa-rupanya ubat pening yang paling mujarab adalah bercuti di rumah LOL! Adam pulak yang tak berapa sihat sebab suhu badan agak tinggi dari biasa, tapi dia tetap aktif sepanjang hari.

Ibu menghabiskan masa dengan menjahit baju kurung Hajar dan Maryam, jahit skirt, dan betulkan mana-mana baju yang perlu dijahit-betulkan. AlHamdulillaah siap semua semalam.