hari ahad lepas, alhamdulillah, hari sukan pertama anak-anak ibu abah, 26 Jun 2011. Sukan Tadika Ummi, Alam Sari telah berlangsung di Atrium GMI. Hajar dan Adam adalah ahli pasukan rumah kuning.
Kakak Hajar sangat bersemangat mengambil bahagian sampai terjatuh, tapi Alhamdulillaah kakak teruskan berlari. Adam pula masih belum faham makna bersaing, jadi dia merajuk nak susu dan itu ini, tak kisah nak ambil bahagian. Alhamdulillaah, Adam berjaya dipujuk untuk ikut satu acara Ais Krim besar(bawa bola yang diletakkan atas cone).
Kali ni, rumah kuning hanya setakat no.3. Tapi, anak-anak ibu tak kisah menang atau kalah, yang penting mereka seronok bermain di padang dan semua orang dapat hadiah. Yeay!
ALhamdulillaah, tokpak ada sekali menyaksikan sukan. Maryam sangat gembira dengan suasana riuh rendah dan dia dapat bebas berlari-lari.
Ibu dan abah pula memeriahkan acara Ibubapa dengan pertandingan baling belon air. Alhamdulillaah, dapat no.1 :)
Ibu dan abah pula memeriahkan acara Ibubapa dengan pertandingan baling belon air. Alhamdulillaah, dapat no.1 :)