Friday, May 07, 2010

Bismillaah

Selera makan Hajar, Adam, dan Maryam sangat baik, Alhamdulillaah, lagi-lagi sekarang mereka(Hajar dan Adam) sudah pandai memberitahu ibu bila lapar :)

Maryam pula masih lagi menyusu ibu dan dah berjaya adjust jadual dia dengan menyusu sebanyak mungkin di malam hari dan kurang menyusu semasa siang.

Sekarang Hajar dan Adam selalu playing pretend dengan menggalas beg masing-masing dan 'pergi' ke sekolah. Adam akan minta dibacakan buku, selepas habis satu, Adam akan segera menunjukkan buku yang lain pula.

Kalau 'solat' pula, Hajar dan Adam dah ada peningkatan sebab dah tahu sebelum solat kena ambil 'wudhu'(selalunya diorang akan basuh tangan, muka dan kaki). Selepas tu, sekarang dah ada rukuk. Sebelum ni, terus sujud je.


Alhamdulillaah, Hajar dan Adam pun dah pandai cakap 'terima kasih', 'sama-sama', thank you, you are welcome, dan tengah belajar 'jazakAllaahu khayr' dan 'barakAllaahu fik'.

Grateful servants we want to be
Saying thanks and praising Him The Almighty
Day and night, in happiness and sadness