Friday, February 27, 2009

bismillaah

Alhamdulillaah a'la kulli haal, hajar n adam kena cucuk vaksin lagi. Nak buat selected vaccination tak habis study lagi pros dan cons nya. jadi, ikut arahan state of california saja. sekarang hajar dan adam bawah cdhp, child development & health program(klu x silap). Dua-duanya 'very loud', bak kata para nurses dan doctors.

Lepas dari klinik, bawa Hajar dan Adam jalan-jalan di luar sikit untuk hilangkan 'sedih' kena cucuk.
Alhamdulillaah, tak demam dan moga Allaah berikan kesihatan dan kekuatan rohani dan fizikal kepada Hajar dan Adam, dan semua umat Islam..Ameen.

Wednesday, February 04, 2009

bismillaah


Alhamdulillaah, dah dua minggu ni(hari Ahad) Hajar dan Adam dapat join Sunday School(Nursery) di Islamic Center of Southern California kat Vermont Avenue & 4th street. Minggu first tu naik zipcar, tp yg baru-baru ni kitorang try naik metro, bas panjang dan besar, kadang-kadang nampak macam lrt train.

Hajar dan Adam tentunya seronok dapat jalan-jalan, jumpa kawan, dan dapat main di playground. Hajar dapat main tricycle dan Adam seronok main papan(plastik?) gelongsor. MashaAllaah, cuaca di LA pun cerah.

Alhamdulillaah, yang paling penting, Hajar dan Adam dapat menyaksikan sendiri kemeriahan komuniti Muslim berkumpul bersama, dan belajar bahawa masjid tu sebagai pusat komuniti melakukan pelbagai macam aktiviti, bukan terhad kepada solat jemaah sahaja.

MashaAllaah, komuniti Muslim di sini sedang berusaha untuk membeli bangunan bersebelahan Islamic center yang akan dilelong. Asalnya bangunan tu pusat pameran Chevrolet, tapi sekarang dah ditutup. Jadi, sekiranya berjaya membeli bangunan tersebut, Islamic center akan dikembangkan lagi inshaAllaah. Banyak perancangan yang diorang buat, May Allaah facilitate it, Allaahumma ameen.