Sunday, January 25, 2009

bismillaah

fajr
Hajar dan Adam bangun
main sampai pagi
mandi
main lagi
sarapan
main lagi
kalau penat Adam qailullaah
kalau penat Hajar duduk berehat-rehat saja

zuhr
kadang-kadang ikut 'Allaahuakbar', rukuk dan sujud
kadang-kadang ikut dari awal sampai tengah
kadang-kadang terus bermain saja
makan tengahari
main lagi

sambil bermain, belajar
sambil belajar, bermain
sambil bermain, membesar
sambil membesar, memerhati

anak-anak kecil cepat menangkap dan mengingat
dari ABCs, 1,2,3 sampailah Allaahuakbar, bismillaah, alhamdulillaah dan I look I see
apa saja yang didengarinya, akan sentiasa disebut-sebut kemudian
dan Hajar dan Adam, terus berlari...

Tuesday, January 06, 2009

bismillaah

Alhamdulillaah, Hajar dan Adam ke muktamar, jumpa banyak kawan, antaranya rumaisa dan muhsin. Tapi Hajar dan Adam aak kekok untuk bergaul dengan ramai orang yang asing.A'la kulli haal, Hajar dan Adam gembira dapat travelling bersama ibu dan abah untuk menghadiri majlis ilmu nun di Houston, Texas.

Hari ini, Hajar dan Adam pergi ke klinik lagi untuk mendengar keputusan pemeriksaan darah dan x-ray Adam tempoh hari. Hampir tiga jam menunggu di klinik, tapi doktor tak bercakap banyak mengenai keputusan tersebut disebabkan keputusan x-ray dari hospital belum dihantar lagi. Doktor cuma cakap diorang 'terpaksa' offer treatment, tapi kami boleh tolak sebab Adam dah dapat BCG di Malaysia.

Balik dari klinik, Hajar tercari-cari 'pakcik' yang datang singgah ke L.A dalam tour mereka keliling negeri2 sebelah west ini selepas menghadiri muktamar. Ada satu rombongan dari Minnesota dan mereka singgah selama 2 hari di sini.Jazakumullaahu khaeer kerana sudi menjadi tetamu kami. Hajar dan Adam dalam segan-segan mendekati pakcik-pakcik. Hari ini, mereka bertolak ke San Diego, dan pastinya Hajar tercari-cari "pakcik yan dah 'ilan'".