Saturday, October 18, 2008

Bismillaah


Alhamdulillaah, sekarang dah Syawal. Hajar masih lagi menjawab, "pua-sha" setiap kali ditanya samada dia berpuasa atau tidak :)

Adam dah pandai berjalan, tak merangkak dah walaupun dia jalan tak berapa stabil sangat. MashaAllaah, terasa bertuah dapat menyaksikan perkembangan anak-anak ini dari keadaan bayi yang lemah dan tahu hanya lapar dan menangis, sehinggalah boleh berjalan dan berlari. SubhanAllaah, yang telah menjadikan manusia sebagai satu kejadian yang sempurna dan kompleks.

Alhamdulillaah, gelagat Hajar dan Adam juga sangat menghiburkan. Dengan senyum, ketawa, dan tangis dua beradik ni, segala letih terasa hilang. Hajar rajin belek-belek majalah, meneliti helaiannya satu persatu sehingga dia puas. Hajar dah dapat mengenali beberapa objek terutamanya haiwan dengan bunyinya, dan beberapa perkataan yang ibu tulis dan tampal di dinding. Adam pun rajin memerhati gambar-gambar dalam buku-buku. Seronok perhatikan diorang ni sebab nampak macam membaca betul-betul.

Hajar dan Adam sekarang dah minum dengan cawan/sippy cups. Doktor kata dah tak elok bagi botol susu pada tahap umur setahun dan ke atas untuk perkembangan dan kesihatan gigi =)

Sunday, October 05, 2008

bismillaah

Alhamdulillaah 1 hari raya, Hajar dan Adam ikut ke Masjid Umar al-Khattab untuk menyaksikan solat eid. MashaAllaah berpusu-pusu Muslimin pelbagai bangsa dan warna(baju raya). Ada Somali, Pakistani, Indians, Malizi, Indonesian, Philipino, Mexican, Arabs, turks, etc

Alhamdulillaah, Hajar dan Adam ikut ke majlis hari raya Malaysian Islamic Foundation of North America(MIFNA) hari ini. Hajar suka kuih bahulu, Adam suka nasi minyak+ayam masak merah. MashaAllaah, seronok Hajar dan Adam dapat bermain dengan ramai orang.

Alhamdulillaah, beraya di perantauan bersama saudara seagama.