Monday, September 08, 2008

bismillaah

alhamdulillaah, semalam Hajar dan Adam bertemu Mujahid,Fathimah, Asma', Zainab, Maryam, Aisha, dan Umar. Anak-anak kecil ini gembira bertemu rakan-rakan sebaya dalam majlis sederhana, berbuka puasa. Biar tidak mengerti bahasa yang dituturkan, kanak-kanak ada cara komunikasinya yang tersendiri.

Alhamdulillaah, Hajar dan Adam belum tahu apa itu puasa walaupun setiap kali ditanya, Hajar menjawab dia "pua-sha", sebelum meminta biskut selepas itu. Hajar dan Adam juga sangat sukakan kurma. Hajar selalunya akan cubit sedikit kurma di tangannya dan menyuap ke mulut Adam.

Alhamdulillaah, Adam sudah mula berani melangkah setapak dua. Dia gembira dengan pencapaiannya.

Alhamdulillaah, beberapa hari Ramadhan sudah berlalu, dan kita masih di dalam selimut keberkatannya.

Monday, September 01, 2008

Bismillaah

Menggunakan lampin kain untuk Hajar dan Adam. Balik kepada cara tradisional dengan sentuhan baru.

Okay, ibu nak promote 3 jenama lampin kain moden. Sesiapa yang berkenan, boleh shout di shoutbox :)

1. Mutts(Muttaqin Baby)
Fitteds
from a MUSLIMah designer :D .... menarik, comel, berkesan





2. Green Acre Design
Pockets






3. Happy Endings Diapers

AIOs(all in ones)



kebetulan asal designer ni daripada Thailand, tapi sekarang dah jadi American. Dia excited bila ibu bagitau ibu dari Malaysia..jiran? :D