Thursday, January 23, 2014

Choo-a-ca

Bismillaah


Sejuk betul kebelakangan ni, alHamdulillaah a'la kulli haal. Siang dan malam sama sejuk. Maryam, Adam, dan Sarah mula berhingus. Ibu pun dah lama hidung asyik gatal dan bila bangun pagi bersin dan hidung berair. Jadi, kami banyakkan minum air dan elakkan ais krim buat masa ni. Kipas angin pun dah turun kepada kelajuan 2 atau 3 sahaja. Sebelum ni sentiasa letak 5.

Waktu malam, ibu akan pakaikan Sarah baju tidur lengan panjang, dan akan pastikan semua orang guna selimut, insyaAllaah. Anak-anak pun dah pandai guna selimut sebab mungkin tak tahan sejuk. AlHamdulillaah, bila mandi waktu pagi diorang tak merungut air sejuk. Ada pemanas air, tapi diorang tak suka pulak mandi air 'panas'.huhu.
Bismillaah


Rumah jiran sebelah tengah menjalani pengubah suaian. Jadi, awal pagi lagi dah riuh dengan bunyi gerudi, tukul, dan bunyi-bunyi yang seangkatan dengannya. Harapnya mak dan anak-anak kucing yang tumpang berteduh di belakang rumah tak terganggu dan takut, ameen.

Syurgawan awal pagi lagi dah pergi menimba ilmu. Maryam ke taska, Adam dan Hajar ke KAFA cum mengaji. Adam tak habis lagi Iqra 6(insyaAllaah tak lama lagi) dan Hajar mengaji Qur'an. Sarah seronok dengan masa bermain dan bermanja nya. Pagi ni Sarah siap ambil dan pakai tudung sebab nak ikut hantar kakak-kakak dan abang. Nangis pulak tu bila abah pergi kerja, Sarah dah pandai nak ikut. Semalam abah balik lewat, dan telefon. Masa bergayut di telefon, Sarah tak nak abah putuskan talian. Setiap kali abah nak bye-bye, dia jerit nama abah dan sambung dengan cerita 'meow', masyaAllaah. Sampailah Sarah tersentuh skrin 'End Call.' Lama jugak tu. alHamdulillaah, abah tak memandu sebab tumpang kawan.

Wednesday, January 22, 2014

Nature and fun

bismillaah


These past few weeks, we've been 'visited' by termites, cats, and a rat has decided to visit us too this morning. alHamdulillaah a'la kulli haal. I hope it was the only one, and it wont return, amen. Our neighbor next door is doing a renovation, and this might be the cause for the rat to venture into a new area.

Was fun and scary, but I think this is what nature is. My syurgawan were excited all the way..mashaAllaah.

Sarah dah pandai naik tricycle besar, masyaAllah! Yang kakak Hajar dan abang Adam selalu naik tu. Terkejut juga sebab Sarah sangat berani dan boleh mengayuh basikal tu sikit-sikit(rasanya tak dapat pusing penuh sebab kaki tak sampai). Bila basikal tu turun melaju di bahagian depan rumah, Sarah lagi seronok, tak gayat. Uhuhu... tengok muka Sarah yang ceria dan confident, sangat menyeronokkan.

Thursday, January 16, 2014

kucing no more

bismillaah


alHamdulillaah, semalam Tokpak dah selamat sampai dari Pulau Pinang. Tokpak kata kapal terbang mendarat tak berapa cantik pagi tu sebab berlaku hentakan kuat semasa pendaratan. alHamdulillaah semua selamat dan harapnya tiada kerosakan berbahaya pada kapal terbang tu.

Masa kami sampai rumah, anak-anak menyerbu ke belakang nak tengok mak dan anak-anak kucing. Malangnya, mak kucing dah berpindah ke lokasi yang tidak diketahui. Sedih betul anak-anak bila kucing dah hilang, alHamdulillaah a'la kulli haal. Moga di tempat baru, mak dan anak-anak kucing lebih selesa dan selamat. Harapnya kucing tu patah balik ke rumah pemiliknya sebab mak kucing tu ada kolar.

Kebetulan, Tokpak bawa dua poster kucing untuk Sarah. Poster tu saiz A4 jer tapi 3D. Yang boleh ubah-ubah gambar kalau kita teleng kepala kanan kiri tu..ehe. alHAmdulillaah, seronok la Sarah menatap 'kucing-kucing' tu di dinding.




Wednesday, January 15, 2014

kuch-kuch kucing!

bismillaah

alHamdulillaah, hari ini hari KAFA cuti. Jadi, Hajar dan Adam bermain-main di rumah saja waktu pagi. Kebetulan, pagi ni nak jemput Tokpak kat KLIA. Jadi, Maryam taknak pegi tadika(pulak!) sebab nak ikut yang lain pergi KLIA.

Jadi, diorang pegi belakang untuk tengok kucing-kucing jiran yang selalu jalan-jalan, stretching, dan cari makan di lorong belakang tu. alHamdulillaah, kebetulan kucing warna oren comel yang selalu lalu tengah dok ada kat belakang tu. Diorang pun mulalah bagi makan kat dia, darilah kek sampai ikan goreng dan telur goreng.huhuhuh.kucing tu makan semua sampai licin.lapar betul nampaknya.

alkisahnya, kami ni teringin nak bela kucing. Tapi, memandangkan takut tak terlaksana tanggungjawab menjaga dengan baik kebajikan kucing dan kebersihan setempat, kami tumpang kasih jer tengok-tengok kucing yang lalu-lalang.

Pagi ni, anak-anak excited betul bagi makan kucing. Lagi menarik, diorang jumpa sesuatu yang sangat menarik, masyaAllaah. Rupa-rupanya, kucing oren tu baru bersalin di belakang rumah kami. huhuhuh...ada 4 ekor anak kucing yang baru sangat bersalin, rasanya macam baru beberapa jam.Patutlah mak kucing sangat lapar.

Kami hanya sediakan kotak berlapik kain untuk mak kucing dan anak kucing. Letak jer tepi kucing sebab taknak tersentuh anak-anak kucing. Risau mak dia marah pulak. Harapnya mak dan anak-anak kucing sihat dan selamat di situ buat sementara waktu.

Tuesday, January 14, 2014

A day out

Bismillaah

Adam had a blast today, alHamdulillaah. He spent the whole day having fun with his friends. Started with exploring around the surau until noon(until the event was over), and then continued with hang over at a neighbor's house with his friends. All boys day.

After Asar, Adam came home excitedly asking for permission to follow Aiman and his dad to the field for soccer! He was very happy when he got YES from us. He spent the afternoon on the field playing soccer with friends and came home comot and all smiles. After dinner, Adam gave up. He was very tired to even eat his dinner properly..huhuhu.

Cuti

Bismillaaah

alHamdulillaah, harini kami cuti sempena Maulid ur-Rasul. Pagi-pagi kami bersiap ke surau di kejiranan kami untuk memeriahkan acara forum. Ramai orang harini, kereta penuh diletakkan di sepanjang jalan, dan kanak-kanak riang bermain-main di perkarangan surau. Cuaca pun agak redup menyembunyikan terik matahari pagi menjadikan suasana amat ceria dan damai, mashaAllaah.

Kami duduk di perkarangan surau sahaja memandangkan anak-anak sibuk berlari ke sana ke mari, dan ruang di dalam surau pun sudah padat, alHamdulillaah. Di perkarangan masjid disediakan juga khemah dan kerusi beserta meja untuk kegunaan dan keselesaaan tetamu. Ada beberapa gerai menghiasi kawasan sekitar menjadikan suasana nampak meriah.

Pengisian forum, membincangkan tentang sunnah Rasulullaah SAW dan seruan untuk mempraktikkan sunnah Rasulullaah SAW. Bagus juga, agar mengingati Rasul bukan hanya pada tarikh-tarikh tertentu, tetapi pada setiap gerak langkah kehidupan. Barulah Rasulullaah dekat di hati dan perjuangan baginda SAW lebih dimengerti, insyaAllaah.

Permudahkan bagi kami ya Allaah, untuk tulus mencintai dan mengikuti Rasul agung Mu. Ameen.

Tuesday, December 31, 2013

Bermula dengan satu

Bismillaah

alHamdulillaah, anak-anak dah teruja untuk pergi sekolah :). terasa cuti panjanggg sangat agaknya..heheh.

Adam teruja sebab dah tamat tadika, dan insyaAllaah akan memulakan sesi persekolahan darjah 1 sebaik sekolah buka 2 Disember nanti, insyaAllaah. Kali ni, ibu dan abah tak berapa kalut sebab dah ada pengalaman dengan hajar pada tahun lalu, alHamdulillaah.



Buku-buku sekolah semua dah beli, tinggal lagi nak lengkapkan beberapa barang persekolahan yang lain, insyaAllaah.

Sunday, December 22, 2013

How-ly day

Bismillaah

alhamdulillaah, we took quite a long break this December, 2013. Started with two wonderful weeks at Penang: tokmak moved into an apartment previously rented by Kak Santi, Kak Santi moved out to Kulim, and daily dosage of cousins bonding and playing time for syurgawan at Kak Yana's nest.

 After that was our big family trip back to Tawau, Sabah to attend a cousin's wedding and Jalan-jalan around Tawau-Semporna especially for our orang semenanjung spouses. Turned out to be a very interesting and eventful trip. Right after we've landed at Tawau airport, we took the walk down the memory lane driving through the small Balung, Inderasabah, Juragan, Wakuba, and Sg. Gading. Looking back at the klinik kesihatan Balung we used to frequent, SMK Balung where all of us went to, Juragan which used to be the end of the road where the henti-henti bas made a u-turn and headed back to town, SK Wakuba where our lives as school children were colored with wonderful memories with teachers and friends, and last but not least, our former 'home' where we spent many years filled with the joy and tears of childhood and life lessons.

Apparently, our 'home' was not there anymore. It was dirobohkan already, maybe because it was too old and dangerous. The river that we enjoyed so much looking much narrower and 'lonely.' the area around the house was very much 'silent' compared to the years we were there. Gone were the days when we stayed under one roof, worrying nothing about the world outside, treasuring our 'little' world no matter how hard life was. The kampung was looking old despite the road was raised higher with concrete bridge replacing the old, wooden bridge. We had no blood relatives there, but we have friends whom we've treated as our own families and who have treated us the like. They are the reason we came back. Jalan-jalan was just a plus, not the main agenda. They are our 'friends in need are friends indeed'. They are Tokmak and Tokpak's bff, and they have became our pakcik and makcik.

Looking at their hospitality, kindness, and friendship really taught us a lot about life. Treat others they way you want to be treated. At the kenduri, we've met families with grown up cousins. They were just babies and young children when we left many years ago. They are young adults now with different personalities and stories of their own. Time and distance do made wonders, mashaAllaah. May Allaah help us in preserving the family ties, ameen. We also visited Semporna, where some men from our group became life savers by saving two young girls from drowning. We've just arrived at the place when a father with his three children lost their grips to each other. The father was holding on his youngest son, while his daughters were pulled away by the waves as they panicking and pulling each other down. Sadly, people were just looking at the poor family as they desperately waiting for help. alHamdulillaah, Nanot, Tok Bah and Abang Wan quickly jumped down and helped the poor girls. Sungguh mendebarkan masa tu..huhuhu..

Thursday, December 05, 2013

Bismillaah Sekali-sekala berkumpul bersama keluarga.
us

Tuesday, December 03, 2013

Love is From God, so APPRECIATE!

Bismilaah

Friday, November 29, 2013

penang

Bismillaah

Alhamdulillaah Kami cuti-cuti di penang.

Setiap hari syurgawan akan pergi main di rumah abang Uksayah(makyana)

Sunday, November 24, 2013

TokPak

Bismillaah


aLahmdulillaah, been blessed this past month with Tokpak's presence at our place to accompany syurgawan while abah and ibu were away at work.

He is one of my gate to jannah, insyaAllaah, and I am very blessed to still have the opportunity to serve him. May my family and I able to treat TokPak nicely and make him feel at home. ameen. Sometimes, it was obvious that TokPak was bored because we have no TV(we have an old TV, but no cable/antenna), and my children did not need constant supervision. Anyhow, we've bought some plants like lemongrass, limau purut, pokok daun kari for TokPak bercucuk tanam at our tiny backyard, and the plants are all doing great so far, alhamdulillaah.

By the way, Tokpak is our 'McGyver'. It seems that he knows how to fix many things(almost everything! LOL) around the house, like it has always been. MasyaAllaah tabarakAllaah.

at R&R Sungai Buloh






Saturday, November 23, 2013

Must-go-to

Bismillaah


alHamdulillaah, serasanya dari kecil lagi anak-anak sudah terbiasa pergi ke masjid. Bermula dari pengalaman di Los Angeles, sampai di Bangi sekarang ni.

Masa di Los Angeles, Hajar baru 2 tahun, Adam setahun, dan Maryam sebagai bayi pun sempat ziarah masjid-masjid di Greater Los Angeles area. Di Masjid Omar ibn Al-Khattab 1025 Exposition Boulevard Los Angeles, CA 90007 lah tempat pertama kami tuju untuk membiasakan diri dengan kawasan setempat. Pertama kali pergi tu, rasa teruja dan terharu betul dapat 'feel at home' sebab dapat lepak dalam masjid. Kanak-kanak pun teruja sempat boleh berlari bebas dalam kawasan yang luas dan cantik. Di masjid itulah jugak abah berkenalan dengan ramai kawan-kawan dari Indonesia, China, Pakistan, dan orang setempat yang begitu ramah dah kukuh ukhuwwah fillah nya. Mereka jadi semacam keluarga di tempat asing, dan anak-anak mereka jadi teman bermain Hajar dan Adam. Bila raya, kami raikan bersama.

Lepas tu, kami selalu ke Islamic center di downtown Los Angeles. Di situ, Hajar dan Adam memang seronok sebab sentiasa meriah dan mereka akan dapat mengikuti playgroup di Sunday school sambil ibu dan abah ambil kesempatan mengikuti program masjid tersebut. Selepas habis program masjid, anak-anak boleh bermain di playground masjid. Masa ramadhan pun kami akan selalu ke situ untuk merasai dan menghidupkan kemeriahan ramadhan yang turut sama disukai anak-anak kecil.

Semasa ramadhan terakhir di Los Angeles, kami pergi ke masjid berbeza hampir setiap hari. Sambil abah mengumpul dana untul projek terjemahan Quran al-Furqan foundation, kami juga mengenali dengan lebih dekat komuniti muslim di sekitar Los Angeles. Ibu dan anak-anak kecul, termasuk baby Maryam pada ketika itu, tidak berasa kekok untuk turut sama berjemaah di masjid. Para ibu dan anak-anak kecil mereka dialu-alukan dan dibantu untuk sama-sama memeriahkan masjid. Ada masjid yang menyediakan bilik khas untuk ibu dan anak, dan ramai juga jemaah yang bawa goodies bag/hadiah kecil untuk anak-anak. Semasa di Los Angeles, kami berpeluang mengikuti solat terawih yang diimamkan oleh Sh Mishary al-Afasy, alHamdulillaah. Walaupun masjidnya agak jauh, dan orang sangat ramai, anak-anak kecil masih tetap selesa dan ada ruang untuk bersama di masjid, mashaAllaah.


Di malaysia, kami sekali sekala akan ke masjid, tapi tidak sekerap semasa di Los Angeles. Memandangkan kanak-kanak kecil tidak begitu diterima di kebanyakan tempat, biarlah Adam dan abah saja yang ke masjid setiap hari. Biarlah mereka ada kenangan yang manis-manis saja daripada masjid buat masa ini.

Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi

Friday, November 22, 2013

off to Jakarta

Bismillaah

abah went to Jakarta and we were sending him off at KLIA. As always, syurgawan had so much fun playing at the KFC fun land!






Wednesday, November 20, 2013

A kindy grad in da house, alHamdulillaah

Bismillaah



When our boy, Adam, graduated kindy. Had a nice graduation ceremony on the 17th, alHamdulillaah, during which Adam was the MC cilik together with his friend, Ulfah Saiful Islam.






Tuesday, November 12, 2013

Kolam dan Hujan

bismillaah

Ahad lepas, kami pegi reunion alma mater ibu di Restoran Hyderabad Bangi(asalnya situ MFC tapi dah bertukar! macam  Gaban). alHamdulillaah seronoknyer.

Lepas tu, kami ikut abah pegi Armanee di Damansara. Abah pegi meeting, kami pegi jengah kolam. Kebetulan masa anak-anak dah excited terjun kolam, langit pun dah sarat mendung dan .... hujan!
Kat situ tak boleh mandi kolam kalau hujan, ada pak guardS ronda kawasan suruh semua kanak-kanak riang naik.LOL. Hujan tu main ba-ba-chak. Kejap jer turun lebat, lepas tu reda walaupun langit masih kelam. Kami pun tunggu peluang bawah pondok. Hujan reda jer sikit, terus Adam lompat masuk kolam! Luas area kolam situ. ada banyak choices. kolam orang dewasa yang dalam ada berasingan. Jadi, kolam kanak-kanak yang cetek tu anak-anak ibu conquer. Sarah pun join sekali yer.

Beberapa minit jer sempat main air sebelum hujan turun balik dengan lebatnya. Gave up sebab sejuk, anak-anak dan TokPak pun salin pakaian dan naik atas untuk berehat dan makan sambil tunggu abah. Lepas Asar, hujan dah berenti. Abah dan kawan2 pun nak turun bawah meeting tepi kolam. Haha, anak-anak pun ambil kesempatan mandi 2nd round. Kali ni memang puas lah diorang mandi kolam sampai bibir pun biru kesejukan, tapi masa nak suruh naik tu, liat jer semua orang. Sarah siap protes jerit-jerit tak mau. Nasib baik boleh alihkan perhatian dia dengan shower di tepi kolam untuk basuh badan tu, alHamdulillaah.

Lepas daripada Armanee (lepas solat maghrib), kami singgah Ampang Point pulak jalan-jalan makan sekali sebelum balik rumah.

Happy alHamdulillaah.


Biskut

Bismillaah


Anak-anak ajar ibu macam mana nak buat biskut lemau jadi rangup balik. Diorang letak biskut tu dalam peti sejuk dan walla! memang jadi elok balik.

Tuesday, October 29, 2013

Flu, flu go away

bismillaah


Last Thursday night, we drove back to Penang because abah had a seminar with USM Penang. Earlier, we left Bangi around 330pm and headed to UIAM Gombak to fetch abah, who was there for a seminar. At around 630pm, we already reached Sungai Buloh. alHamdulillaah was a wonderful trip, but Adam demam pulak on the way. We made couple of stops at RnR to refresh ourselves and we bought ubat untuk Adam at RTC Ipoh.

Sampai Penang dalam pukul 1030 malam, alHamdulillaah.

Masa weekend tu, weather di Penang was a bit gloomy. we were supposed to join abah at batu feringgi, but decided to stay back at rumah tokpak. Hujan-hujan manalah nak mandi kolam ke pantai kan. Syurgawan lagi seronok main dengan sepupu-sepupu diorang sepanjang hari. Lagipun, Adam tak berapa sihat sampai Jumaat. Tapi, hari Sabtu  dah tak demam dah,tinggal lagi batuk dan selesema, alHamdulillaah.

Kami stay sana sampai Ahad dan bertolak balik pukul 4 petang. Dah sampai KL, Hajar pulak termuntah dan demam sikit. alHamdulillaah a'la kulli haal. Esok paginya, ibu, Sarah, dan Maryam pulak selesema.


Saturday, October 19, 2013

TokPak

Bismillaahi

walhamdulilaah

Tokpak in the house!!!!!
We are very happy, alHamdulillaah.