Saturday, March 15, 2014

#PrayforMH370 #PrayforMalaysia

Bismillaah

AlHamdulillaah, petang tadi hujan sekejap di beberapa tempat di semenanjung Malaysia. Di tengah-tengah keadaan jerebu yang menyesakkan, cuaca terik dan kering, kebingungan misteri #MH370, dan musibah anak-anak muda mati dalam pesta hedonisma, hujan yang turun ini sangat menginsafkan.

#Syukur - alHamdulillaah, kita jadi lebih bersyukur dan sensitive dengan nikmat Tuhan.

#Hujan - kita sedar bahawa Allaah boleh beri dan Tarik bila-bila masa sahaja. Ramalan manusia canggih manapun tidak akan dapat melawan takdir Tuhan.

#Nikmat - Banyak nikmat yang percuma, bahkan hampir kesemuanya. Hujan adalah percuma sampai kadang-kadang kita kurang menghargainya di Negara ini. Apabila hujan jarang-jarang menjenguk, barulah kita ternanti-nanti dalam penyeksaan. Yang lahir sebagai Muslim, nikmat iman itu juga percuma sampai-sampai kita selalu lalai dan leka.

#Doa - Moga hujan ini rahmat Allaah, jawapan kepada doa hamba-hambaNya yang meminta, selain dari belas kasihNya kepada tumbuhan dan haiwan melata.

#MH370 - Behold, the youths betook themselves to the Cave: they said, "Our Lord! bestow on us Mercy from Thyself, and dispose of our affair for us in the right way!" [Al Kahf, 18:10]

Sunday, March 09, 2014

Pray4

Bismillaah

AlHamdulillaah, went to the Live In Concert Pray 4 2.0 at Putrajaya last night. It was the first time in forever sitting on the green field, under the clear sky. The crowd was moderate, with everyone sat peacefully on the grass while listening to all the performances and lectures on stage and the moon clearly seen above despite the hazy weather.

All the nasyid performers were good, suara sedap, masyaAllaah. Ada Far East, UNIC, Heliza and Salima yang sempat kami dengar before we left at 1030pm while Ust Syed al-Jofree(betul ke nama?sorry) was still on the stage giving his speech. 

It was fun, dan pemandangan orang berpusu-pusu masukkan duit derma dalam tabung dan beg derma yang dibawa oleh sukarelawan dan artis(terutamanya) sangat menarik. Heliza and Salima had to stop all the time for people to take pictures with them. However, all was done in sopan santun dan teratur sebab majlis agama(lebih kurang) kan.

Oh ya, not to forget that we also visited the pameran buku Islam there. Lots of booths to visit and products to consider. Pergilah kalau berkesempatan yer :)

#PameranBukuIslamPutrajaya
#Pray4Syria
#Pray4Gaza
#Pray4Egypt

Thursday, March 06, 2014

kucing

bismillaah

semakin hari, semakin banyak kucing datang menumpang teduh di belakang rumah, alHamdulillaah. Rahmat Allaah depa ni, sebagai tetamu comel kami setiap hari. Mak kucing pun dah bawa anak-anaknya pindah balik ke belakang rumah sebab anak-anaknya tengah belajar makan solid food selain susu ibu..ehehe. Bapak kucing kaler kelabu muka garang pun datang makan minum sekali.

Sarah memanglah seronok tengok kucing-kucing ni pagi dan petang. Dia akan menjerit-jerit riang sampailah kucing lari selamatkan diri, sebab suara Sarah sangat nyaring.ohohoho.

Minggu lepas, rahmat Allaah melimpah ruah. AlHamdulillaah, kak Santi dan keluarga datang berziarah ke rumah. Lepas tu, Opah dan keluarga Mak Ila pulak. Seronok sangat para syurgawan jumpa sepupu-sepupu yang kebetulannya sebaya mereka. Hujan pun turun mencurah jugak kan ada sehari tu di tengah-tengah musim kemarau yang membahang

, alHamdulillaah muthirna birahmatik.