Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan Day 10

Bismillaah

Children ponteng tadika harini.

Had a good sleep last night eventhough Sarah was up until around 1 a.m. Hajar was reluctant to go to sleep last night because she was waiting for opah to put inai on Hajar's fingers. Unfortunately, opah was too tired and totally forgot about it. Hajar finally went to sleep after ibu convinced her that Opah already fell asleep, and opah might want to put the inai in the morning.

So, during sahur Hajar was excited. She quickly finished her milk and food before she sat with opah curiously watching Opah putting the inai on her fingers.Finally! (Hajar has been wanting to put inai on her fingers for so very long). She patiently waited for the inai to dried up too.

In the morning, Maryam saw Hajar with the inai and Maryam wanted it too! So, she got it. It was just a few minutes after opah finished putting on the inai when Maryam asked to took the inai off. She wanted to eat keropok, but she couldn't! LOL. Last2, kena suap dia makan itu ini. Maryam just coudlnt resist the food temptations.

We headed back to Bangi at around 11am. Yup, we were at Bidor for less than 24 hours. Quality vs quantity..uhuhu. Everyone was fast asleep during the ride.

We made a stop at Klinik Penawar Taman Tropika to get some medicine for Hajar's eyes. Kena sakit mata belah kiri. So, the doctor gave her eye drops and ointment. Got some vit C's too.

Home sweet home.


Ramadhan day 9

Bismillaah

Children were excited today since we were going to Bidor! They were ready since morning, but we didn't  leave until a bit before Asr since abah had a talk in the morning. When we were finally hit PLUS heading north, abah just remembered that he had to go to Maybank Section 16, so we took Kajang exit and headed back to Section 16! walHamdulillaah. Adam sempat lagi terkejut sebab he thought we were going back home! "eh, abah.Kenapa kita balik rumah ni?" LOL

That's why la we arrived a bit late at Bidor, bought foods for iftar and reached opah's home 10 minutes before Maghrib.

 About death:

Saw a van jenazah on the way to bidor. At bidor,opah wasnt at home.she was visiting a jenazah at Sg siput. The deceased was a neighbour lived across the street. He had just retired, renovated his home, and died at the age of 58 because of liver cirrhosis. His eldest child is going to marry this december, the first to marry :(. Owh, how death is very very near.

we plan,but Allah also plan. and His plan prevails.

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan Day 8

Bismillaah


Alhamdulillaah, it was another successful fasting day for Hajar. A sunny, beautiful Satuday.Today she did not complained of hunger or thirst at all! and yes, despite of all the temptations from her brother and sister eating and drinking throughout the day.

Hajar was supposed to go to an exam for darjah 1 entrance today, but we decided that we were not going.  Hajar is going to a public school inshaAllaah. we pray that this decision is the best for us, ameen.

abah left for a talk at UIA PJ slightly before noon and only reached home during iftar walHamdulillaah. his schedule is a bit tight this ramadhan since he decided to offer free programs during ramadhan.

anak-anak were happy to transform the house into tongkang pecah, and yeah, they had the whole day to do that.uhuhuhu.

day 7

bismillaah

We met again, blessed Friday, alHamdulillaah :)

we started the day a bit earlier with sahur, fajr, surah al-kahf, and daily morning chores.Abah had a talk at UIA Gombak this morning, and children went to school on time. They came back home earlier-fetched by kakak-kakak :) since abah finished his talk a bit late and were stucked in the heavy traffic at mrr2.

today Hajar was crying as early as 600pm asking to break her fast. ibu pujuk-pujuk Hajar to hold on since it was very close to iftar. She was okay then back to sedih-sedih, then okay again, and vice versa until iftar walHamdulillaah.she made it! 7 days accomplished, super kakak! another 3 weeks to go(3 weeks left? owh how fast this race of uboodiyaah is leaving us :( )

lots and lots of du'a, may Allaah give us victory and the best result from this holy month's intensive training, Ameen.

Friday, July 27, 2012

Ramadhan Day 6

Bismillaah


It's a special day :) !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
of course it was!
It's the 6th day of Ramadhan 1433H day 6th.
It came only once, yes ONCE, and would never came back.
It was very special because it was a day in Ramadhan, yes RAMADHAN in which the rewards for good deeds, be it itty bitty tiny or gigantically humongous, are multiplied, gates of jannah are opened and gates of hellfire are closed...and devils are chained!

yeay!
alHamdulillaah
:D

okay, today Hajar successfully completed day 6th of fasting. She seemed to be more energetic than ibu at the end of the day LOL! she still drank just a cup of milk and ate very little during sahur despite ibu's many attempts to persuade her to eat and drink more walHamdulillaah.

today Maryam didn't go to tadika, she insisted to stay at home with ibu(and abah who stayed at home until zuhur). She enjoyed her time at home playing around, usik-usik Sarah, and bermanja-manja dengan ibu abah :). When abah went to the surau and office in between Zuhur and Asar, she tagged along. Maryam was happy she got to jalan-jalan with abah despite she had to go home with wet pant because she was too afraid or a bit too late to tell abah that she wanted to pee..uhuhuhu. She rarely had this incident though.

Buka puasa sederhana saja hari ini. We had simple meal and enjoyed our day 6th of Ramadhan!

btw, tonight the children played pretend with Hajar as a teacher and Adam and Maryam as anak-anak murid. Adam sampai nangis-nangis bila teacher told him to stop watching youtube and to pray instead.ahahaha...Adam boleh pulak menurut cakap 'teacher' dan solat dengan airmata. Before that, teacher Hajar told everyone to read Iqra' and books. Ibu pun involved sama as a teacher for reading :)
Very cute la anak-anak ni, mashaAllaah.

Thursday, July 26, 2012

Yeay, badminton!

Bismillaah

Telefon berbunyi memecah kesunyian dan ada sms baru masuk. Ada sms daripada kak Saadiah. Tersenyum sendirian ibu bila membacanya. Ibu terus call abah, tapi tak berjawab. Mungkin program pagi ini belum habis lagi, duga ibu.

Bila abah telefon balik, ibu terus sampaikan isi kandungan sms tu :) abah terus setuju, "mesti Adam seronok."

Petang Ramadhan 5, kak Saadiah dan kak Amira yang jemput Hajar, Adam, dan Maryam dari sekolah. Bila sampai rumah jer, masing-masing tinggalkan beg dan meluru keluar balik. Ibu pun tak sempat jumpa sebab sedang layan Sarah dalam bilik. Diorang excited sangat sebab kakak-kakak ajak pi taman untuk main badminton! Impian Adam yang tertangguh lagi :)

Lama diorang keluar sebab lepas main, terus ke bazar Ramadhan. alHamdulillaah, Hajar bertenaga macam tak puasa. Amazing kan kanak-kanak yang tulus suci ni.MashaAllaah.

Balik dari bazar, masing-masing bawak makanan dan air ice blended yang dibeli. Maryam dengan mee hun sup dan air perisa honey dew, Adam dengan mee hun goreng dan air perisa mangga, dan Hajar dengan nasi ayam dan air perisa kopi(alkisahnya, dia nak perisa coklat, tapi takde kot..ehehehe). Rajin betul kakak-kakak melayan kerenah anak-anak ni satu persatu.jazakumullaahu khair :) Allaah saja yang boleh membalasnya.

Kami berbuka puasa ramai-ramai.seronok betul. Maklumlah belum balik kampung lagi Ramadhan ni. Bila berbuka ramai-ramai terasa meriah biarpun makanannya sederhana jer.

credit to kakak Amira


Terima kasih kakak Saadiah dan Amira :) ! Adam tidur dalam senyuman kot :P

Wednesday, July 25, 2012

Sambutan pre-ramadhan di tadika

Bismillaah


Tadika ada buat event pre-ramadhan tempoh hari, Jumaat lepas. Anak-anak dapat bernasyid, buat door tag yang ada mesej untuk ibubapa kejutkan sahur, mewarna, dan banyak lagi aktiviti rasanya. Ada pertandingan, tapi anak-anak ibu tak menang kot. Takde bawak balik hadiah pun...ehehhe..asalkan anak-anak ibu dapat belajar benda baru dan seronok, itupun dah cukup, alHamdulillaah.


Gambar-gambar adalah ihsan FB Tadika Umi Alam Sari :)











Ramadhan Day 5

Bismillaah

alHamdulillaah dah menapak ke hari ke-5 Hajar berpuasa tahun ini. Pantas betul masa berlalu dalam semua orang berpesta ibadah. Ibu ingatkan baru hari ke-4, tapi Hajar betulkan ibu. Dah 5 hari!

Pagi ni matahari bersinar indah, mashaAllaah. Cerah dan ceria jer di luar sana. Pagi-pagi masa bersiap ke sekolah anak-anak kecoh sikit dengan gelagat masing-masing. Adam macam biasa sibuk nak bawak bekal ke sekolah.uhuhu.Maryam pula bersemangat sebab harini dapat pakai baju sukan baru yang Umi Sarah bagi minggu lepas. Sebelum ni Maryam takde baju sukan dan terpaksa pinjam baju sukan kakak Hajar yang lama. Harapnya, dapat upload gambar nanti inshaAllaah(kalau abah ada tangkap gambar ler :) )

Ramadhan Day 4 II

Bismillaah


Bila anak-anak balik rumah, terasa sangat meriahnya. alHamdulillaah.

Hajar mula-mula tu ok. Tapi, bila Adam usik Hajar jadi sedih dan mengadu sakit perut.pulak....uhuhuhu.
Abah dan ibu kena pujuk Hajar lah supaya bertahan sikitttt jer lagi, dan alHamdulillaah seperti biasa Hajar memang senang untuk bersabar. and yeay! 4th day successfully completed.

Kuih kegemaran Hajar dan Maryam ramdhan ni adalah kuih onde-onde. Diorang suka inti gula kat dalam tu walaupun Hajar tak berapa nak gemar kelapa parut. Dia akan cuba kurangkan sebanyak mungkin kelapa parut tu dan bagi kat ibu atau Maryam. Maryam pula akan habiskan inti dulu dan tepungnya kemudian.
Menu Adam pulak, roti john atau 'burger segi empat' kata Adam. Dia memang berselera sungguh betul makan roti tu.

Ramadhan ni kami makan bersederhana sahaja, pesta ibadah bukannya pesta makan ;)

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Day 4

Bismillaah

Adam: Ibu, Adam nak susu.
Ibu: Adam puasa tak hari ni?
Adam: Memanglah Adam tak puasa pagi, Adam puasa malam jer.

Adam dengan selamba menjawab bila ditanya puasa atau tak sambil berdiri menunggu ibu membancuh susu sebelum pergi ke sekolah hari ini :)

AlHamdulillaah, Hajar bangun sahur lagi pagi ini. Tapi, dia tak makan banyak memandangkan dah makan banyak semalam. Dah jadi kebiasaan Hajar yang dia hanya akan makan banyak(tak banyak pun, cuma lebih sedikit dari kebiasaan :) ) sekali jer dalam masa sehari dua. Harapnya Hajar tetap cergas dan aktif hari ini. Selepas sahur, Hajar tak tidur. Dia berjaga sama dengan ibu. Masa ibu kemaskan beg anak-anak, Hajar minta kebenaran bawa bantal ke sekolah. Tak cukup bantal katanya. Lagipun, bulan puasa ni kena tidur lepas zuhur dan takde belajar extra macam bulan-bulan lain. Jadi, ibu bagi Hajar bawa satu bantal kecil.

Harini, langit mendung dan udara terasa sejuk, segar dan nyaman. Anak-anak semua ke tadika awal memandangkan Hajar dah kejutkan adik-adik untuk bangun mandi dan bersiap awal. semua bangun tanpa banyak kerenah dan mandi dengan gembira. Adam sempat bawa bekal sebelum keluar rumah, macam biasa :)

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Day 3

Bismillaah

Sahur kali ni Adam joined lagi, tapi minum susu jer dengan mata separuh tertutup. Habis minum susu, tido balik!

Hajar dengan gigih bangun sahur, alHamdulillaah. Makan nasi sikit, minum susu dan air. InshaAllaah moga cukup untuk melapik perut dan memberi tenaga hari ini.

Lepas sahur, Hajar tido balik. zzzzz

Bangun pagi untuk ke tadika!

alHamdulillaah it was pouring rain right before Hajar and Adam went to school. Hajar and Adam sempat lagi main air hujan dengan berlari-lari membawa payung sementara tunggu abah. Wait, where was Maryam?

ehehe...Maryam didnt wanna go to tadika today. She wanted to stay with ibu, but ibu had to go to the klinik kesihatan for Sarah's 2nd monthly check up. She said she would stay with abah. Then, abah told her there'll be lots of pakcik at his office. Maryam hesitated for a few secs, then said it's okay, she would still follow abah to the office and would not be afraid of the pakcik-pakcik there as long as she didnt has to go to tadika. Oh well, when Maryam wants something, that's it.

So, hujan pun reda right before Hajar & Adam bertolak ke sekolah dan Maryam pun mandi pagi :)

Jadi, pagi tu Maryam dengan gembiranya temankan adik Sarah pergi check up di klinik, Sarah kena cucuk imunisasi 2 bulan. alHamdulillaah, sihat dan berat pun dah naik 1 kg lagi. Dalam pukul 11 pagi barulah kami balik ke rumah.


Ramadhan Day 2

Bismillaah


Alhamdulillaah we were done with Ramadhan day 2.

We started the day with sahur, alHamdulillaah, and this time Adam joined us. He was very sleepy, but still  managed to join us at the dining table. He finished a glass of milk and refused to eat anything before went back to sleep right away.

Hajar who has successfully completed her day 1 was very excited for her day 2. She drank her milk, and ate a lil bit more than yesterday. We've noticed that Hajar's main challenge was food rather than drinks during the day. She complained about being hungry and was asking for food several times during the day. AlHamdulillaah, we managed to divert her attention with some other activities each time she asked for something to eat.

As for Adam, he 'fasted' up until 10am ish only.ahahaha.He could not resisted the biscuits temptation. He was trying his best though, by refusing lunch and reducing his milk intake. Sikit-sikit la praktis, kan Adam :)

All three syurgawan Hajar, Adam, and Maryam were very active today. They were playing happily from morning till evening. Sometimes I was amazed at Hajar who was still very energetic throughout the day. Not to mention that all three did not had their nap today. So, by 9pm everyone was very tired and sleepy. Hajar was the last one to say good night, like usual. (Sarah was the last one, it was like she was waiting to be read to. As soon as ibu recited Qur'an, she went to sleep :) ).

Couldn't wait for day 3, inshaAllaah.

Sunday, July 22, 2012

update Day 1 Ramadhan 1433H

As of 3pm, Hajar dah beberapa kali minta makan. Lapar katanya. Apatah lagi bila nampak Adam makan lunch dan Maryam disuapkan nasi :(..uhuhuhu. sabar yer kakak.Ibu pujuk kakak dengan puji dia cantik dan baik harini. Dia nak bedak dan lipstick. Layan jer.

Sebelum ke bazar ramadhan


and alHamdulillaah..yeay yeay! Hajar berjaya menamatkan puasa hari 1 :) Sempat pergi bazar Ramadhan beli air laici+tembikai.Ehehe selera kanak-kanak takdelah sebuas orang dewasa kan ;)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Day 1 - Sahur

Bismillaah

alHamdulillaah, dapat bangun sahur pagi ni. Hajar pun bangun bersahur sama :)
good start.

Hajar bangun dengan mudah, tanpa dolak-dalik. Walaupun duduk di meja makan dengan muka masih mengantuk, tapi Hajar tak menolak bila dipelawa susu dan oat. Lepas tu makan sedikit nasi dan ayam.

Adam, taknak bangun.ehehe.semalam semangat nak minta kejutkan sahur. Bangun pagi tadi, terus minta susu :)

Maryam pula merupakan cabaran besar buat Hajar. Masa Maryam nak makan cocoa crunch, dia sempat pelawa kakak makan sama. Hajar terpaksa tolak. Lepas tu, dah kenyang minum susu tapi masih berbaki, Maryam pelawa kakak susu pula, macam yang biasa dia lakukan. Kakak terpaksa tolak lagi.

Hajar ter-minta vitamin tadi bila dia lupa dia sedang berusaha berpuasa. Ibu ingatkan dia masa puasa tak boleh makan dan tak boleh minum, tak boleh usik orang, dan tak boleh gaduh dengan adik-adik. Hajar pun sengih malu dan tak jadi nak makan vitamin C Scott Emulsion kegemaran anak-anak ibu.

Untuk pujuk Hajar, harini dia dressed up like a princess. Siap dengan dress pink kembang dan labuh, dan barang kemas.

InshaAllaah cabaran ibu untuk Ramadhan ini dan masa mendatang ialah to keep cool and sabr dalam melayan kerenah anak-anak dan mengurus rumah tangga + dalam menyantuni sesama insan.

Adakah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji?

Friday, July 20, 2012

Ramadhan: Night 1


Bismillaah

it was the 1st night of Ramadhan, 1433H, July 20th, 2012

alHamdulillah, everyone in the house was very happy and excited including Hajar, Adam, and Maryam. Sarah was bubbly, smiled, cooed a lot too.

during terawih, abah went to surau of course :) Ibu prayed at home. alHamdulillaah Sarah cooperated well, with Hajar's assistance.

Abah: Adam xnak makan ker?
Adam: Adam puasa
ermmm...it was 8.45pm kot LOL.Adam puasa waktu malam..ehehehe.

Abah: Maryam nak puasa esok?
Maryamm: Tak nak!
She was very clear about her choice..;) Maybe because she has heard that when one is fasting, she cannot drink milk and eat. So, Maryam didnt want to part with her daily dose of SUSU.

at tadika

Hajar was very eager to fast. She asked when she can eat, drink, sahur, etc. inshaAllaah this year we will try to encourage her to fast as many days as she could. Her tadika also promise special gifts for children who fast more than 20 days this Ramadhan, inshaAllaah.
       

Monday, July 16, 2012

A visit by Cik Adda & Salma & Fadzilah

Bismillaah

AlHamdulillaah, last night cik Adda came to visit us. Sis Salma and Sis Fadzilah were with Cik Adda.
Hajar, Adam, dan Maryam were so happy to see cik Adda after a few months. They were surely missing her.ehehehe.

Adam and Maryam were super active last night, and Maryam bumped her head on the floor and sofa twice :( uh oh. She was running on the toys and slipped and another one was when she was wrestling with her brother. alHamdulillaah not serious and no bruises. Maryam just cried a bit. She maybe both was in pain + embarassed.ehehe...lots of people around kan.Malu...

Pic credit to cik Adda

Saturday, July 14, 2012

Kak Saadiah dan Kak Amira

bismillaah

Ini dedikasi buat dua orang kakak yang selalu tolong Hajar, Adam, dan Maryam.
Alhamdulillaah, dalam abah sibuk outstation, kak Saadiah dan kak Amira sudi tolong hantar dan ambil anak-anak ibu ke tadika setiap hari. Awal pagi dah kena bangun :) Lepas tu, Adam requested untuk balik tengahari. Uhuhuhu, kenalah kak Saadiah jemput pulang sekitar 2 petang. Adam janji untuk nap dan behave kalau dapat balik tengahari instead of balik petang, pukul 6. Adam tunaikan janji dan memang behave dan tidur tanpa banyak complaints.

Pada 1 Julai, kakak-kakak kena pulak temankan ibu dan anak-anak untuk sukan tahunan tadika. AlHamdulillaah, dapat jugak ibu hadir ke hari sukan anak-anak walaupun abah tak dapat hadir sama. Hajar, Adam, dan Maryam pun lebih seronok bila kak Saadiah dan Amira ada bersama untuk melayan pelbagai kerenah mereka. The more, the merrier.
Kak Amira Ajeerah

Kak Saadiah
Joget

(pics credit to Kak Saadiah & Kak Amira)
Pada 11 Julai, kakak-kakak buat surprise pulak untuk Maryam. Balik dari tadika, kakak-kakak bawa naka-anak ibu pergi beli kek sempena harijadi Maryam. Maryam sangat suka (dan Adam laagi seronok sebab dapat makan kek LOL). Semua sangat excited termasuklah ibu sekali..ngeh ngeh ngeh.




Jazakillaahu khayr for the cake, kakak-kakak!


Jazakumullaahu khair kak Saadiah dan kak Amira(as Hajar, Adam, dan Maryam call them). May Allaah bless both of you and reward you girls tremendously.

Ibu pun sangat berharap anak-anak ibu dapat mempelajari akhlak kakak-kakak ini dengan selalu bergaul dengan mereka. Mesra, lembut, dan penuh kasih sayang walaupun kakak-kakak masih muda dan belum ada anak sendiri.


Sempena Sukan Tadika
 Gambar-gambar courtesy of FB Tadika Umi Alam Sari
(Hajar:rumah kuning)
 Adam: most right.
Rumah Hijau

 Moden:no more tempurung
 Adam: menggalas 'turtle shell'




 wajah-wajah pembentuk anak-anak TUAC
Moga syurga dan redha Allaah buat kalian.

p/s: Pagi Sabtu ni:

Adam: lamanya tak jumpa kak Saadiah
Hajar: Kenapa? Adam nak pergi sekolah ke?
Adam: Tak, Adam nak main badminton.


Thursday, July 12, 2012

Sarah solehah

Bismillaah

Ya binti Sarah,
mukminah solehah,
al-Hafizah,
Qurrata a'yun,
imam al-muttaqin,
Allahumma ameen...

ini ialah lagu dodoi Sarah
dan Sarah solehah adalah nama timangan Sarah






Tuesday, July 10, 2012

breasfeeding dan basah?

Gunalah medela milk collector shells :) bukan iklan, saranan jer :)

Bila menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif, selalunya para ibu akan menghadapi masalah apabila susu mengalir keluar dengan banyak samada ketika lewat menyusukan bayi atau semasa menyusukan bayi(sebelah susukan bayi, sebelah lagi automatik menghasilkan susu keluar). Ada yang menggunakan breast pad samada yang jenis kain(boleh basuh dan guna semula) ataupun yang jenis pakai buang untuk mengatasi masalah ini.

Jenis kain memang ekonomi sebab boleh digunakan lebih lama, tapi kurang selesa bila terlalu banyak air susu yang keluar dan pad menjadi basah. Kadang-kala berbau susu yang kurang enak jika pad lambat ditukar atau dibasuh.

Jenis pakai buang agak mahal tetapi dapat menyerap lebih banyak lebihan susu. Semuanya terpulang kepada kesesuaian dan pilihan para ibu.

Ada lagi satu pilihan iaitu dengan menggunakan Medela milk collector shell. Diperbuat daripada plastik dan silikon, ianya amat praktikal. Susu yang mengalir masuk ke dalam shell tersebut. Para ibu boleh membuang susu tersebut ataupun menyimpannya untuk diberikan kepada bayi. Walaupun harga bagi sepasang shell ini kelihatan agak mahal, tetapi ianya boleh digunakan berulang kali dan menjadi lebih murah dan praktikal untuk jangka masa panjang. Tetapi, saiznya agak besar dan mungkin ada ibu yang kurang selesa dengan 'mangkuk' plastik yang besar dan keras di atas dada. Di samping itu, jika air susu yang mengalir terlalu banyak dan ibu banyak bergerak, susu mungkin tertumpah keluar dan membasahi baju. Jadi, selalulah memeriksa shell tersebut setiap selepas menyusukan bayi atau selepas beberapa ketika memakainya untuk memastikan ianya dikosongkan jika perlu.

Selamat mencuba!

Tuesday, July 03, 2012

Home birth!

Bismillaah


AlHamdulillaah, ibu diberi kesempatan untuk menulis dan mengabadikan mengenai kenangan manis bersalin di rumah dengan ditemani abah a.k.a best amateur bidan yang tercinta.


23 Mei 2012, adalah hari dijangka bersalin(EDD) untuk cahaya mata ibu yang ke-4 setelah keguguran akhir November 2010(Ni kira kandungan ke-5, anak ke-4, alHamdulillaah).


Puteri ke-4 kami, Sarah, telah selamat dilahirkan dengan berat 3.7kg pada 1.54 petang, tepat pada tarikh EDD tersebut.


Sehari sebelum kelahiran Sarah, mucus plug ibu dah jatuh(betul ker term ni? ehehe) sejurus sebelum Fajr, 22 Mei 2012. Ibu sangat teruja sebab akhirnya penantian dah menunjukkan tanda akan berakhir. Lepas tu, ibu google mengenai mucus plug dan kenalah terima hakikat yang tak semestinya kelahiran tu akan berlaku cepat sebab ada yang melahirkan beberapa jam sehingga beberapa minggu selepas mucus plug diorang 'jatuh.'Jadi, tak bolehlah excited sangat kan. Kena tunggu dan lihat dengan sabar.


Bila ibu bagitau abah, abah cool jer dan nasihatkan ibu tunggu sahaja + berdoa, satu pesan abah yang tak pernah tinggal. Hari tu, hari yang cerah dan indah dengan mentari bersinar. Pagi-pagi lagi kami sekeluarga keluar untuk menghantar Hajar, Adam dan Maryam ke tadika. Selepas tu, ibu dan abah bersarapan di Restoran Roti Puri Seksyen 3 Bangi(jemput mencuba roti puri dan makan di restoran ini, free ad :) ). Ibu sempat lagi temankan abah ke klinik ambil suntikan Meningcocoal sebab abah diberikan peluang oleh Allah untuk ke Madinah dan Mekah menunaikan umrah. Selepas dari klinik, abah ajak ke pejabat Andalusia Travel untuk serahkan kad imunisasi. Rasanya abah risau nak tinggalkan ibu sendirian di rumah, ehehehehe.




Sepanjang hari ibu berdebar-debar menunggu tanda-tanda melahirkan yang seterusnya, tapi masih tiada. Ibu berdoa semoga dapat melahirkan semasa anak-anak yang lain di tadika agar lebih mudah dan selesa :). Bila jam menjangkau 6 petang, anak-anak pun balik ke rumah dengan riang dan ibu masih lagi tiada tanda-tanda atau sakit nak bersalin. Malam tu buat tugasan seperti biasa: makan bersama keluarga, lipat kain, basuh kain, jemur kain, susun kain(ehehe...semua pasal kain baju kan. AlHamdulillaah memang suka buat chores yang ni) masukkan kain baju ke dalam beg tadika anak-anak, seterika baju, dan kemas rumah. Sehingga masuk tidur di sebelah malam, hanya lendir beserta sedikit darah yang turun. Malam tu, memang ibu tak nyenyak tidur sama seperti malam-malam sebelumnya memandangkan perut dah senak dan tidur memang tak selesa. AlHamdulillaah a'la kulli hal. Pusing kiri, pusing kanan, menelentang, semua serba tak kena. Ini memang latihan untuk menyiapkan ibu secara fizikal, intelektual, emosi, dan spiritual untuk menjaga bayi baru lahir yang tidur tak menentu nanti :)


Bermula jam 3 pagi, ibu mula merasa sedikit contraction. Suasana sunyi dan hanya diselang-seli dengan bunyi putaran kipas yang laju di syiling. Hembusan angin menambahkan kedinginan pagi yang menyegarkan. contraction hanya sekejap dan sakit macam sengugut yang sederhana. Ibu dah mula berdebar-debar dan lagilah tak boleh tidur sebab teruja. Sejak tu, contraction datang sekejap-sekejap dan tak menentu. Tapi, sakitnya biasa-biasa jer dan ibu masih boleh terlena sekejap di antara contraction. Ibu ingatkan akan bersalin sebelum subuh, tapi sakit tak bertambah dan contraction  masih lagi jauh di antara satu dengan yang lain. Bangun pagi, sempat lagi siapkan anak-anak untuk ke tadika.


Rumah kembali sepi bila Hajar, Adam, dan Maryam dah bertolak ke tadika. Pagi tu, ibu hanya duduk atau berbaring untuk berehat memandangkan semua kerja rumah sudah ibu lakukan malam semalam. Abah pula terus pulang ke rumah selepas menghantar anak-anak ke tadika untuk standby tengok-tengokkan perkembangan ibu.


Masa terasa lambat berlalu bila ibu mula mengira jarak antara contractions. Masih lagi jauh, lambat lagi, tak sakit sangat lagi :) Bila tengah contraction, ibu praktikkan teknik pernafasan dalam-dalam yang ibu sempat baca di internet di samping doa yang tak putus agar Allah beri kemudahan dan keselamatan kepada ibu dan bayi. Alhamdulillaah, memang dapat membantu kita mengawal dan mengurangkan kesakitan. Dalam pada tu, ibu kerap ke tandas untuk buang air sebab perut sakit dan loose stools. Memang antara tanda-tanda nak bersalin lah tu. Lagipun, ibu nak pastikan pundi kencing tak penuh masa bersalin dan nak elakkan terkincit..ehehehe.


Dah nak dekat tengahari, ibu mula siapkan 'tempat bersalin.' Lapik tilam dengan plastik hitam yang besar tu dan letak alas macam kat hospital tu. Siapkan towel untuk bayi. Lepas tu, ibu mula pasang bacaan Qur'an Mishary Rashid al-Afasy(I wish I had done this much earlier!). Sangat soothing dan menghiburkan jiwa. Lagi-lagi bila ada ayat yang ibu hafal dan dapat baca bersama, terus lupa sakit sekejap. Sesambil tu, baring-baring kat sofa sebab ibu rasa lebih selesa berbanding atas katil. Pusing kiri, pusing kanan, dan sakit contraction semakin kerap dan dekat antara satu sama lain.


Abah turun dari office nya di tingkat atas. Dah masuk waktu Zuhr rupanya. Abah tanya kalau ibu nak pesan apa-apa, boleh abah belikan lepas solat di surau nanti. Tapi, masa tu abah dah perasan muka ibu berkerut-kerut tahan sakit. Jadi, abah kata akan pulang rumah segera selepas solat jemaah.


Bila abah melangkah keluar rumah untuk ke surau, ibu rasa sakit dah semakin kuat dan terdetik mungkin akan bersalin tak lama lagi. Ibu banyak-banyak doa supaya sempat tunggu abah balik dari surau.


Bila semakin sakit, ibu turun dari sofa and got on all four. Rasa kurang sikit sakit bila boleh berpaut kuat pada rangka sofa pada posisi macam merangkak tu. Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar banyak-banyak. Ambil kesempatan, ehehehe, moga dengan menanggung sakit tu Allaah Ta'ala cabut segala daki-daki dosa. Ameen.


Dah terasa kepala  bayi menolak-nolak di pintu rahim. Ibu tahan dan tarik nafas dalam-dalam. Ibu nak pintu rahim sudah betul-betul terbuka dan bersedia untuk memberi laluan kepada bayi, jadi tak ada trauma cedera perineum nanti. Plus, abah belum balik.


Excited, nervous!


Tiba-tiba pintu rumah dibuka, dan abah pun muncul! Alhamdulillaah, yeay! Perfectly the right time.
Abah dengan tenang tanya, "dah nak 'keluar' ke?" dan bersedia di posisi menyambut bayi.


Ibu dah bersedia untuk biarkan contraction yang kuat untuk menolak bayi keluar. Ibu bertahan untuk tak meneran / push bayi. Kekuatan otot-otot rahim sudah cukup kuat menolak bayi untuk turun ke bawah dan keluar. Lagipun, dengan posisi ibu, graviti membantu proses kelahiran, Allaahuakbar.


Contraction yang super kuat 1 - "poop"! Air ketuban pecah dan ibu rasa air tu memancut keluar. Ehehehe..risau pulak abah terkejut dan basah kena air ketuban. Tapi, abah cool jer dan kata, "okay, semua terkawal." Abah tak kena pun air ketuban tu.




Contraction yang super kuat 2 - Abah kata, "rambut bayi dah nampak!". He sounded very excited. Lepas tu, ibu terasa the ring of fire, dan kepala bayi pun keluar. Ibu sempat lagi berkira-kira ada luka ker tak..uhuhuhu..


Contraction yang super kuat 3 - bayi pun terkeluar.


Alhamdulillaah!


Bayi yang sihat dan besar! Ibu menjangkakan bayi sekitar 3.0kg, tapi nampaknya Sarah lebih besar dari itu(3.7kg ditimbang di Hospital Serdang)