Tuesday, April 24, 2012

Beraktiviti, berpeluh untuk jadi sihat!

Bismillaah

Adam dan Hajar bersemangat mengemas rumah malam ini. Ada tetamu nak datang hari Sabtu, inshaAllaah (that's 4 days away!)

Adam membahagikan tugas: Adam kemas ruang tamu, dan Hajar kemas dapur.

Selepas mengemas, ibu berterima kasih pada Adam. "MashaAllaah, cantiknya Adam kemas.JazakAllaahu khayr, barakAllaahu fik Adam sebab dah kemas rumah. Tengok tu, sampai berpeluh-peluh dah Adam."

Adam spontan menjawab, "Takpelah ibu, bukan ker berpeluh tu sihat."

=) MashaAllaah.

Earlier tonight, Adam was very sad because he couldn't tag along with abah to the surau. Abah kena menyampaikan tazkirah maghrib hari ni surau Kajang Utama(kalau tak silap). Memang setiap bulan Abah akan ke sana pada hari Selasa. Cuma hari ni Adam teringin sangat nak ikut. Dah siap pakai kopiah dan 'baju surau' dia. Tapi, abah keberatan nak bawa Adam sekali sebab takde sape nak jaga dia masa abah duduk berceramah nanti. Ibu pula tak larat nak angkut anak-anak semua ke surau. Sorry Adam :( . He kept asking me to call his abah to pick him up and take him to the surau.

What we did last weekend

Bismillaah

Kami ke Seminar Surah Luqman!!!! Alhamdulillaah

Selama 2 hari berkampung di Akademi Pengajian Islam, UM. Anak-anak duduk dalam nurseri yang disediakan, Alhamdulillaah. Adam cuma bertahan setengah hari jer dalam nurseri sebab dia dah bosan memandangkan anak-anak lain masih lagi kecil dan tak boleh layan Adam bermain lasak. Jadi, Adam keluar dari nurseri dan ikut abah dan pakcik-pakcik masuk dewan. Adam sangat behaved dan tak buat bising, AlHamdulillaah.

Ibu abah seronok, anak-anak pun seronok. Anak-anak seronok sebab ada ramai kawan, ada ko-op dekat dewan dan diorang berpeluang minta 'hadiah' macam-macam LOL(tapi, macam biasa diorang tak minta banyak, cukup seorang satu dan diorang dah gembira), boleh lari-lari explore tempat baru dan boleh makan ala-ala suasana kenduri :). The catering/food was good, alHamdulillah.

Overall, awesome seminar. Learned a lot about Luqman's advices in the Qur'an and what can be extracted from them. Alhamdulillaah, 2 hari berseminar tak mengantuk atau tertidur dalam dewan walaupun kadang-kadang perut senak bila duduk lama. Anak-anak pun all out during the day, jadi bila sampai je rumah semua mengelepet. Habis isyak jer semua lena sampai ke Subuh.

How we are doing now

Bismillaah

Lamanya senyap tanpa entri blog kami :) Sedar tak sedar, InshaAllah tak lama lagi akan bertambah lagi satu ahli keluarga. Moga Allaah permudahkan segalanya.

Sekarang ni anak-anak semuanya ke tadika yang sama. Maryam dah 'upgraded' daripada taska memandangkan dia asyik merayu nak ikut kakak dan abang ke sekolah 'besar.' Yalah, Maryam dah petah bercakap dan jadi antara yang paling 'tua' di taska. Jadi, dia agak cepat bosan bila bermain kerana tiada kawan - ramai babies yang masih belum pandai bermain ikut tahap Maryam.

Alhamdulillaah, di tadika Maryam dapat buat lebih banyak perkara: dapat belajar zikir, nursery rhymes, dan nasyid-nasyid baru.

Hajar pula dalam persediaan 'intensif' untuk masuk ke Darjah 1. Maklumlah zaman sekarang ni expectation terhadap murid-murid sangat tinggi walaupun baru nak masuk Darjah 1:kena pandai membaca bahasa Melayu, basic English, dan Jawi, kena pandai mengira dan mengaji. Semua ni akan diuji melalui ujian kelayakan dan kalau lepas, barulah boleh diterima ke sekolah tersebut(untuk sekolah integrasi dan sekolah swasta). Sebagai ibubapa yang baru pertama kali nak mendaftarkan anak ke sekolah Darjah 1, kami agak kalut juga mengisi borang itu dan ini dan nak memastikan tahap pencapaian Hajar sekarang. Walau apapun, kami mengambil keputusan untuk berpada dengan apa yang Hajar dah dapat capai pada waktu ini. Takdelah nak suruh dia belajar semua kemahiran tu siang dan malam. InshaAllaah, tak nak menekan anak kecil dan tergesa-gesa. Oh ya, ibu sangat impressed dengan tulisan tangan Hajar sebab nampak kemas dan cantik. Dah hampir nak menandingi tulisan ibu!

Our boy, Adam adalah yang paling talkative, friendly, and active, mashaAllaah. Kepetahan bercakapnya kadang-kadang mengalahkan ibu :) Sekarang dia dah sangat berkembang dalam skill menulis dan mewarna. AlHamdulillaah, jauh lebih cantik dan kemas lukisan-lukisan yang dia warnakan. Kadang-kadang susah membezakan antara hasil tangan Adam dan kakak. Untuk menulis, Adam masih lagi bertatih dan masih selalu menulis terbalik(mirror image). Mungkin dia masih keliru memandangkan dia adalah left-handed person.