Friday, April 23, 2010

Bismillaah

-Alhamdulillaah, Adam dah pandai membezakan antara 'cari' dan 'jumpa'. Sebelum ini dia akan cakap, "Dah cari!" bila dia dapat jumpa apa2 benda yang dia cari. Tapi, harini Adam cakap "Dah jumpa!" =)

-Maryam tetap aktif macam biasa dan drooling macam biasa =) ..2 gigi sulung r on the way inshaAllaah

- MashaAllaah, Hajar dah pandai mengemas meja makan =) Ibu sangat impressed.

P
etang, Hajar dan Adam siap-siap galas beg masing-masing dan sarung kasut. Lepas tu, naik basikal. Bila pakcik jiran tanya nak ke mana, diorang jawab "Nak pegi sekolah"..MashaAllaah, bersemangat nak pergi sekolah. Pakcik cakap, "Petang-petang ni nak pergi sekolah mana? orang dah balik sekolah dah." ... :P

Wednesday, April 14, 2010


Bismillaah

Alhamdulillaah, kini sudah lebih 4 bulan kami kembali ke Malaysia. Hajar, Adam, dan Maryam sudah pandai menyesuaikan diri walaupun masih membina antibodi masing-masing. 3 bulan lepas penuh dengan batuk, demam, dan selesema. Minggu lepas pula diarrhea.

Maryam sedang dalam proses belajar berjalan. Sekarang air liur asyik meleleh, mashaAllaah, mebe sedang dalam memproses gigi pertama :)

Alhamdulillaah tadi bawa Maryam untuk check up, semua ok. Lepas tu ibu bawa kakak n abang pegi makan breakfast. Memang diorang ni suka :) apatah lagi Hajar dari pagi minta kuih dan Adam nak air best :)

Sekarang, masuk sahaja ke dalam kereta Adam akan cepat-cepat membaca doa yang sudah dihafalnya. Alhamdulillaah, syukur dapat melihat keletah anak-anak tersayang ini. Hajar akan baca lambat sedikit sebab Hajar jenis yang suka ambil her own pace and time.