Tuesday, March 30, 2010

bismillaah

alhamdulillaah, weekend lepas anak-anak ibu&abah sempat singgah di Melaka. Semua sangat seronok berjalan-jalan.

Wednesday, March 03, 2010

bismillaah

Alhamdulillaah Maryam dah semakin laju merangkak. Semua ruang nak di 'explore' nya, dari ruang tamu hinggalah ke dapur. MashaAllaah, semua benda menarik buat Maryam.

Adam tetap aktif dan bertambah aktif I shud say :). Semalam pipinya bengkak selepas digigit nyamuk(atau serangga lain?). Adam garu bekas gigitan sehingga kulit menggelupas dan pipi jadi bengkak. Lengan Adam pun ada beberapa bekas gigitan nyamuk. Alhamdulillaah ala kulli hal, kulit Adam memang sensitif sikit dengan gigitan serangga.

Hajar masih lagi batuk-batuk, tapi Alhamdulilllaah dah agak berkurang. Kakak semakin senyap sekarang, lebih banyak perhatikan orang dan persekitaran dia. Masih tak berapa nak makan dan minum.