Saturday, October 17, 2009

bismillaah

abah musafir, tinggal hajar-adam-maryam & ibu sahaja di los angeles sejak semalam.
alhamdulillaah, hujan turun beberapa hari lepas, dan hari ini & semalam cerah.

Tak rasa, Maryam dah 3 bulan Alhamdulillaah. Rajin senyum, mashaAllaah, menyejukkan hati ibu&abah.

Hajar&Adam tengah dalam proses belajar berkongsi dan menerima diri masing-masing. Kalau kakak menangis, Adam akan pujuk & vice versa, Alhamdulillaah. Kadang-kadang, adalah berebut mainan etc, tp biasanya salah seorang akan mengalah.

Alhamdulillaah, hidup meriah dengan kehadiran anak2 ibu&abah. Celoteh & telatah mereka tiap hari sungguh mengasyikkan, dan seringkali mengingatkan kepada kebesaran Allaah azzawajalla yang menganugerahkan anak-anak ini both sebagai ujian&amanah.

Amanah..itulah yang sering difikirkan. Ibu&abah kena berusaha keras untuk memastikan amanah itu dipikul dengan sepenuh hati agar tanggungjawab terlaksana dan diredhai oleh Allah azzwajalla..permudahkan ya Allaah, ameen